27 May 2008

Polis Kadet Sekolah Menengah Sains Seremban

Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan bukan saja mementingkan pencapaian akademik, malah aktiviti kokurikulum bagi membantu melonjakkan nama sekolah dan membentuk keperibadian pelajar.

Justeru, tidak hairan sekolah itu bukan saja cemerlang dalam pencapaian akademik, tetapi mempunyai pasukan kadet polis disegani dan menjadi sebutan lawan.

Guru kokurikulum sekolah, Nurhaliza Hashim, berkata penubuhan kelab itu selaras dengan usaha mencapai mat lamat melahirkan pelajar berdisiplin dan berwawasan.

Beliau berkata, penyertaan pelajar boleh memberi galakan kepada generasi muda memperbaiki kelemahan diri dan mencetus semangat berdaya saing sama ada dalam akademik atau kokurikulum.

“Penubuhan ini bukan saja mensasarkan kecemerlangan dalam kokurikulum, tetapi mengimbangi keperluan aka demik.

“Penyertaan ini menyumbangkan bakti ke arah menaikkan imej diri dan sekolah,” katanya.

Sejak ditubuhkan, pasukan itu mencapai kejayaan mem banggakan sekali gus memperkenalkan kekuatan sekolah berkenaan dalam bidang kokurikulum.

Seramai 60 pelajar tingkatan empat dan lima menganggotai pasukan kadet dan menjalani latihan intensif dua jam setiap hari bagi memperbaiki teknik latihan.

Antaranya, kawad kaki, senjata, perbarisan, kecerdasan fizikal dan undang-undang asas.

Latihan itu dipantau sepenuhnya jurulatih bertauliah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

Ahli kadet diberi peluang mengikuti latihan menembak, perkhemahan kadet polis dan persembahan peringkat negeri serta kebangsaan seperti sambutan Hari Polis, Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) dan Malaysia (MSSM).

Menurut Nurhaliza, penerapan disiplin dalam diri bukan saja membentuk dan melahirkan individu cemerlang, tetapi membina semangat kental berdepan cabaran.

“Walaupun baru, pasukan ini menunjukkan pencapaian cemerlang apabila muncul johan dan naib johan kawad kaki dan menembak peringkat daerah Seremban serta Negeri Sembilan selain menjadi wakil ke peringkat kebangsaan, tahun lalu.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen tinggi pelajar dan kesan daripada latihan gigih, mereka mengharumkan nama sekolah dan pasukan,” katanya.

4 comments:

  1. adios ! teruskan kecemerlangan di masa2 akan dtg

    ReplyDelete
  2. haha.tahun lepas cemerlang dibawah pimpinan aku~

    ReplyDelete
  3. She must be a frustrated teacher - not getting acknowledgement and recognition in her school therefore taking it out on Cikgu Kahar and Setiabudi. There is always room for improvement but to say 'Hampeh' far from it! However, kids are a react to their parents (actions), if parents do not take notice of what happens with their kids, these same kids will demand attention from others (teachers / students) in the form of indiscipline and unruly behaviour. Sadly, I've observe a parent uttering obscenities to a child at Setiabudi because his car was hit by a can kicked (by another child).

    ReplyDelete