14 May 2006

12 May 2006

Rokok

Image and video hosting by TinyPic

Hari ini aku nak cerita tentang pengalaman aku dengan rokok. Aku mula merokok semasa aku dalam tingkatan satu. Aku merokok atas dasar ingin mencuba. Aku hanya merokok semasa balik ke rumah dan aku tak pernah merokok di sekolah. Jadi setiap kali balik hujung minggu atau semasa cuti sekolah aku akan merokok.

Rokok yang aku hisap itu aku ambil dari kepunyaan bapaku dan aku tidak pernah membeli. Di sekolah tiada sesiapa yang tahu aku merokok. Walaupun aku diajak dan dipelawa untuk menghisap rokok aku tak pernah menerima ajakan mereka. Di sekolah aku ni biasanya mereka merokok di dalam tandas. Cuma di hujung minggu sahaja mereka hisap dalam dorm.

Biasanya orang kata yang merokok ni mereka yang jahat atau nakal di sekolah tetapi dari apa yang aku lihat semua golongan merokok. Mereka yang pandai, perangai terpuji malah pengawas juga merokok. Tak tahulah mungkin begini keadaan di asrama.

Aku sekarang sudah berhenti merokok. Aku berhenti semasa di tingkatan dua bermakna hampir setahun aku merokok. Aku berhenti merokok selepas aku banyak mendapat maklumat tentang keburukan merokok. Aku harap aku akan terus bertahan untuk tidak merokok walaupun ada beberapa kawan rapat aku merokok.