18 November 2007

Cuti Sekolah

Akhirnya persekolahan untuk tahun ini sudah pun sampai kepenghujungnya. Aku pun sudah selamat sampai ke rumah meninggalkan sementara sekolah berasrama penuh sebelum bersambung semula pada tahun hadapan. Ketika yang lain seronok dapat pulang ke rumah, para pelajar tingkatan 5 sedang sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu para pelajar Tahun 6 baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tentu ada di kalangan mereka yang mendapat 5A bercita-cita untuk masuk belajar di sekolah berasrama penuh. Tidak kurang juga ibubapa yang mengharapkan anak mereka berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh.

Walaupun apapun jika nanti terpilih masuk belajar di mana-mana sekolah berasrama penuh, janganlah mempersia-siakan peluang itu. Apa saja cerita yang dibaca atau didengar tentang kejadian yang berlaku di sekolah berasrama penuh janganlah dijadikan alasan untuk menolak tawaran yang diberikan.

Aku sekarang nak merehatkan minda dan badan setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun ini. Walaupun begitu aku pasti tidaklah berehat sepenuhnya sepanjang cuti sekolah ini sebab peperiksaan SPM 2008 akan menjelma.