02 January 2007

Tahun Baru 2007

Tahun 2007 sudahpun tiba, tahun ini aku berada dalam tingkatan empat. Kelas pun akan berubah dan aku cuma akan tahu siapa rakan-rakan sekelas bila masuk mendaftar ke sekolah nanti. Walaupun sudah serasi kerana sudah tiga tahun bersama satu kelas tapi tak kisahlah sebab kami semua masih boleh berjumpa di dorm.

Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan adalah antara matapelajaran baru yang akan aku mula pelajari tahun ini. Harap aku akan dapat membawanya dengan baik di samping aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Selamat Tahun Baru 2007 dan Selamat Tahun Melawat Malaysia!!