30 May 2007

Pukul!!!!

Kes belasah semakin menjadi-jadi terutama di sekolah berasrama.Walaupun belasah mendatangkan keburukan tetapi ini juga ada juga kebaikannya.Baru-baru ini berlaku kes belasah di sekolahku yang melibatkan pelajar tingkatan 3.Aku dan rakan-rakanku mendapat maklumat bahawa pelajar ini telah merancang untuk mencuri 'handphone' rakanku.Kami telah memasang perangkap dengan berpura-pura tidur dan membiarkan 'handphone' rakanku itu di tepi tingkap.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Kami berjaya menangkap pelajar yang sedang mencuri itu.Kami berjaya menangkap dia bersama beberapa rakannya .Kemudian kami bawa mereka ke sebuah dorm kosong.Soal siasat bermula.Pada mulanya mereka tidak mahu mengaku dengan memberikan bermacam-macam alasan.Penumbuk dan terajang hinggap di badan mereka.Kami semua panas hati kerana tidak mahu mengaku perbuatan yang yang telah mereka lakukan.Sekali lagi kami menyoal siasat mereka.Kami lakukannya dengan selembut mungkin.

Apa kan daya,apabila perasaan marah sudah menyelubungi hati,teruklah mereka kami kerjakan.
Setelah disoal siasat lagi rupa-rupanya kes kecurian sebelum ini juga adalah perbuatan mereka.Mereka telah mencuri kira-kira tujuh 'handphone' dan dianggarkan semuanya bernilai RM1800.Setelah puas hati,kami menyuruh mereka pulang ke dorm masing-masing.Kesemuanya pulang dalam kesakitan.Aku harap mereka tidak akan mengulangi perkara seperti ini lagi.

29 May 2007

Orang Minyak!!!

Baru-baru ini sekolahku digemparkan dengan video orang minyak.Ketika rakanku terjaga pada waktu malam,dia telah keluar daripada dormnya iaitu ditingkat dua.Dia memandang ke arah koridor di tingkat tiga.Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ada satu lembaga berwarna hitam sedang memanjat tembok koridor tingkat itu.Kemudian dia segera mengambil telefon bimbitnya dan merekodnya.Kemudian dia terus masuk ke dormnya dan terus tidur kerana ketakutan.

Beberapa hari selepas itu,dia bertanyakan perkara itu kepada cikgu iaitu tentang kewujudan orang minyak.Perkara perbualan pelajar tidak kira lelaki ataupun perempuan.Setelah video itu diselidik,rupa-rupanya lembaga itu bukanlah orang minyak yang sebenarnya tetapi hanyalah seorang pelajar yang sedang memanjat tembok koridor.Tiada apa lagi yang perlu ditakutkan.Apabila difikirkan semula aku akan ketawa sendirian teringat apa yang berlaku.