30 May 2007

Pukul!!!!

Kes belasah semakin menjadi-jadi terutama di sekolah berasrama.Walaupun belasah mendatangkan keburukan tetapi ini juga ada juga kebaikannya.Baru-baru ini berlaku kes belasah di sekolahku yang melibatkan pelajar tingkatan 3.Aku dan rakan-rakanku mendapat maklumat bahawa pelajar ini telah merancang untuk mencuri 'handphone' rakanku.Kami telah memasang perangkap dengan berpura-pura tidur dan membiarkan 'handphone' rakanku itu di tepi tingkap.

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.Kami berjaya menangkap pelajar yang sedang mencuri itu.Kami berjaya menangkap dia bersama beberapa rakannya .Kemudian kami bawa mereka ke sebuah dorm kosong.Soal siasat bermula.Pada mulanya mereka tidak mahu mengaku dengan memberikan bermacam-macam alasan.Penumbuk dan terajang hinggap di badan mereka.Kami semua panas hati kerana tidak mahu mengaku perbuatan yang yang telah mereka lakukan.Sekali lagi kami menyoal siasat mereka.Kami lakukannya dengan selembut mungkin.

Apa kan daya,apabila perasaan marah sudah menyelubungi hati,teruklah mereka kami kerjakan.
Setelah disoal siasat lagi rupa-rupanya kes kecurian sebelum ini juga adalah perbuatan mereka.Mereka telah mencuri kira-kira tujuh 'handphone' dan dianggarkan semuanya bernilai RM1800.Setelah puas hati,kami menyuruh mereka pulang ke dorm masing-masing.Kesemuanya pulang dalam kesakitan.Aku harap mereka tidak akan mengulangi perkara seperti ini lagi.

3 comments:

  1. i am a bit amazed by this post, about kes bully. Instead of hurting them, why don't u guys send them to authorities instead? Anyway, I have just written a post and I really would love your opinion on the subject "Malays' dilemma". Maybe you could comment on my blog and tell us more about this kes kecurian and belasah di sekolah. why does it happen and how to solve it. Hope to see you there!

    ReplyDelete
  2. adik..
    jgn la pkul2 orang...
    ade lg jalan yg lebih baik, adik tangkap die, bwa pd pihak sepatutnya...
    memang die salah, adik pun jgn turut wat kesalahan..
    biar die dgn kesalahan die....
    jgn nak kotorkan tgn adik dgn kesalahan macam tu..
    gd luck

    ReplyDelete
  3. Peliklah kenapa kejadian begini berlaku di SBP. Buat cemarkan Sek yg sepatut budak2 nya cerdik pandai berdisiplin dan kelakuan baik. Patutlah org pun dah tak ghairah nak masuk SBP. Sek biasa lagi baik. Makan pun sedap, mak masak lagi.

    ReplyDelete