08 June 2005

Keluar Fly

Fly


Fly atau keluar tanpa kebenaran amat popular di kalangan pelajar sekolah berasrama penuh. Fly dilakukan tidak kira samada pagi, petang mahupun malam. Antara salah satu sebab pelajar fly adalah warden terlalu tegas untuk memberikan outing ataupun keluar ke bandar.
Fly juga adalah salah antara satu kesalahan yang pernah aku lakukan. Kisahnya bermula apabila kelas aku diminta pulang lebih awal daripada pelajar lain iaitu pada hari Sabtu manakala pelajar lain pulang pada hari Ahad kerana pada hari Ahad itu kami akan mengadakan lawatan.
Pada malam itu semua pelajar kelasku telah berpakat untuk fly. Aku juga tidak ketinggalan.Kami keluar melalui pagar belakang pada pukul 8 malam.Kami keluar ke tempat semua pelajar sekolahku selalu pergi iaitu Taman ******. Tujuan utama pelajar fly hanyalah sekadar suka-suka.
Setelah tiba di Taman ******, kami singgah di gerai makan memesan makanan masing-masing. Kami habis makan pda pukul 9.30 malam. Kira-kira pukul 9.45 kami bertolak pulang. Kami tiba di sekolah tepat pukul 10 malam .
Setelah tiba di luar pagar sekolah, kami berhati-hati supaya 'guard' tidak meyedari ketibaan kami .Kemudian kami terus pergi ke dorm masng-masing dan tidur kerana kepenatan.