25 February 2005

Didenda Guru

Didenda Guru


Semenjak aku mula ke sini tahun sudah, aku tidak pernah ada masalah dengan guru-guruku. Walaubagaimanapun baru-baru ini untuk pertama kalinya aku telah didenda oleh seorang guru.

Pada hari itu selepas rehat, ketika waktu Matematik. Waktu Matematik memang menggerunkan aku, gurunya garang dan suka marah-marah. Beliau telah mengajar aku semenjak tahun lepas lagi. Pada awal tahun dahulu aku rasa hampa kerana beliau masih mengajar aku tahun ini.

Hari itu beliau telah menyuruh aku menjawab satu soalan tetapi aku telah menjawab soalan yang salah. Beliau telah menyuruh aku menjawab soalan yang sepatutnya. Malangnya bila aku cuba untuk menjawab soalan yang betul aku tidak tahu jawapannya. Akibatnya beliau menganggap aku menipunya dan menyuruh aku berdiri di luar kelas. Aku terpaksa akur dengan perintahnya walaupun terdapat perasaan tidak puas hati di dalam jiwaku. Inilah pertama kali aku didenda oleh guru.

Aku ada lagi perkara lain yang pertama kali semasa di sini. Pasti akan aku ceritakan di sini nanti.

20 February 2005

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan


Nama aku Mat. Aku adalah seorang pelajar tingkatan dua di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Malaysia. Di blog ini aku akan bercerita berbagai pengalaman yang telah, sedang dan akan aku lalui semasa belajar di sini. Aku akan cuba mengemaskinikan blog ini seminggu sekali. Nantikan cerita pengalaman aku di sini.