18 March 2007

Kesan Onani

Bila meningkat remaja berbagai perubahan diri akan berlaku termasuklah meningkatnya rangsangan seksual. Tidak dinafikan ramai remaja yang melakukan onani untuk melepaskan nafsu masing-masing. Di samping itu ada juga yang telah menjadikannya satu tabiat kerana keseronokan dan kelegaan yang dikecap.

Walaupun begitu tanpa disedari perbuatan onani mempunyai kesan negatif pada jangkamasa panjang. Malah dalam Islam pun melarang perbuatan onani ini. Baru-baru ini di akhbar Utusan ada tersiar di ruang soal jawab kesihatan tentang kesan beronani ini. Di harap selepas membaca nya para remaja dapat berfikir sejenak, adakah berbaloi kesedapan beberapa saat tetapi sengsara beberapa tahun?

Berikut adalah petikan dari akhbar Utusan tersebut;

Kesan onani terhadap hubungan seks

SOALAN: Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga kurang setahun yang lalu. Namun saya mempunyai masalah dalam hubungan intim kerana saya tidak dapat mengekalkan ereksi.

Saya juga mendapat rungutan daripada isteri kerana tidak dapat memuaskan hatinya. Apakah onani yang saya amalkan sejak sekian lama memberikan kesan kepada hubungan seks ini?

JAWAPAN: Amalan onani yang telah diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan intim yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.

Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana anda tidak perlu untuk memberikan pertimbangan kepada pasangan anda, malah anda lakukan untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan intim yang normal memerlukan anda lebih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan.

Sekiranya anda tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim.

Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar yang menjejaskan ereksi.

Ada juga yang melaporkan mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, malah ada kalanya tidak dapat mencapai ereksi.

Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang beronani bukan sahaja menjejaskan kualiti hubungan intim, tetapi juga lebih berisiko untuk mendapat mati pucuk.

Seharusnya anda menghentikan amalan onani dan mulakan amalan-amalan yang lebih sihat seperti dengan kawalan minda dan rangsangan seks yang lebih sihat. Jauhi rokok, pil ekstasi dan alkohol.

Terdapat kajian yang menunjukkan gingko boleh menggalakkan kesan oksida nitrik bagi membantu merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan.

Hasil penemuan mengenai Horny goat weed pula mendapati ia dapat memperbaiki fungsi erektil di kalangan lelaki.

14 March 2007

SPM 2006

Tahniah aku ucapkan kepada semua pelajar tingkatan lima 2006 yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM. Sekolah aku ada beberapa matapelajaran semua pelajar dapat A. Cayalah!! Tahun depan aku pulak akan menduduki peperiksaan yang sama. Begitu pantas masa berlalu rasanya macam baru semalam aku mejejakkan kaki mendaftar ke sekolah berasrama penuh.

SPM 2008 . . . . . . akan tiba jua.