18 March 2007

Kesan Onani

Bila meningkat remaja berbagai perubahan diri akan berlaku termasuklah meningkatnya rangsangan seksual. Tidak dinafikan ramai remaja yang melakukan onani untuk melepaskan nafsu masing-masing. Di samping itu ada juga yang telah menjadikannya satu tabiat kerana keseronokan dan kelegaan yang dikecap.

Walaupun begitu tanpa disedari perbuatan onani mempunyai kesan negatif pada jangkamasa panjang. Malah dalam Islam pun melarang perbuatan onani ini. Baru-baru ini di akhbar Utusan ada tersiar di ruang soal jawab kesihatan tentang kesan beronani ini. Di harap selepas membaca nya para remaja dapat berfikir sejenak, adakah berbaloi kesedapan beberapa saat tetapi sengsara beberapa tahun?

Berikut adalah petikan dari akhbar Utusan tersebut;

Kesan onani terhadap hubungan seks

SOALAN: Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga kurang setahun yang lalu. Namun saya mempunyai masalah dalam hubungan intim kerana saya tidak dapat mengekalkan ereksi.

Saya juga mendapat rungutan daripada isteri kerana tidak dapat memuaskan hatinya. Apakah onani yang saya amalkan sejak sekian lama memberikan kesan kepada hubungan seks ini?

JAWAPAN: Amalan onani yang telah diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan intim yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem.

Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana anda tidak perlu untuk memberikan pertimbangan kepada pasangan anda, malah anda lakukan untuk kepuasan diri sendiri semata-mata.

Hubungan intim yang normal memerlukan anda lebih bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan.

Sekiranya anda tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan intim.

Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf. Kecederaan saraf akan menjejaskan pengaliran darah ke zakar yang menjejaskan ereksi.

Ada juga yang melaporkan mereka bukan sahaja sukar untuk mengekalkan ereksi, malah ada kalanya tidak dapat mencapai ereksi.

Kajian ada menunjukkan bahawa mereka yang beronani bukan sahaja menjejaskan kualiti hubungan intim, tetapi juga lebih berisiko untuk mendapat mati pucuk.

Seharusnya anda menghentikan amalan onani dan mulakan amalan-amalan yang lebih sihat seperti dengan kawalan minda dan rangsangan seks yang lebih sihat. Jauhi rokok, pil ekstasi dan alkohol.

Terdapat kajian yang menunjukkan gingko boleh menggalakkan kesan oksida nitrik bagi membantu merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan.

Hasil penemuan mengenai Horny goat weed pula mendapati ia dapat memperbaiki fungsi erektil di kalangan lelaki.

16 comments:

  1. interesting article you got there but i think masturbation is part of a healthy lifestyle of a person and shouldn't be repressed...

    and of course anything done excessively is not good for health...

    ReplyDelete
  2. wan
    mohon lebih banyak artikel spt ini cth contoh kesan zina di kalangan remaja sekolah . kejadian hubungan seks suka sama suka di peringkat remaja semakin bertambah dan serius , para remaja kini bangga apabila dapat melakukan aktiviti tidak sihat ini .

    ReplyDelete
  3. good explanation and hopefully you can create more information because it was a common syndrome among Malaysian male.

    ReplyDelete
  4. onani memusnahkan kehidupan lelaki..!!!!

    ReplyDelete
  5. Onani mesti dihentikan..Please..!

    ReplyDelete
  6. Bila dah baca artikel ni kan...susah gak sebab tabiat ni susah nak buang..memang dulu saya cuba berhenti, tapi entahlah,,bila keseorangan kekadang fikiran tue melayang2 lalu terjadila onani,,hope pas nie dpt tinggalkan terus....

    ReplyDelete
  7. i like masturbate and its my hobbies when im free and alone...im married when i watched the movie or dvd gay film i will do it....easy for sleep and release tention

    ReplyDelete
  8. thanks a lot...
    tp...
    wlau apa2pun...
    majority lelaki akan prnah buat onani...
    n mostly lelaki akan ssh nak brhenti...
    kalau ada tip2 yg bleh d amalkn untuk brhenti buat onsni ni...
    share2lah ok...
    thanks...

    ReplyDelete
  9. onani mmg syok...xde care kerw nk stop??

    ReplyDelete
  10. 1-Banyakkan selawat&zikir...sambil jalan kaki tu pun boleh alunkan zikrullah.
    2-Cuba untuk menghafal surah2 Al-Quran. Onani melemahkan ingatan. Bila kita menghafal Al-Quran, kita akan tenang. Dalam masa sama menjauhi melakukan onani kerana masa terisi untuk hafalan.
    Selain itu, banyakkan membaca perkara yang disukai seperti masakan,'gardening', photography. Jangan baca novel cinta kerana biasanya dalam novel tu ditulis adegan romantisan.
    3-Buat excercises.
    4-Jangan makan makanan yg merangsang..mcm kopi tongkat ke kacip ke. teh pun elakkan kalau boleh
    5-Kurangkan makan daging,telur,rempah2
    6-Mandi air sejuk..mcm penagih nak hilangkan ketagih. masa tengah rasa nak buat onani, cuba pergi mandi, lepas tu buat keje lain. mop ke, cuci kete ke. Alihkan tumpuan kepada perkara lain.
    7-Jangan tidur telungkup atau telentang, sebaliknya atas sisi kanan seperti sunnah nabi. Perbuatan onani lebih mudah terjadi bila telentang.
    8-Bersosial.Jangan banyak masa bersendirian. Sama ada berada dengan kawan2 atau mengikuti persatuan,kelas bahasa asing, kelas mengaji. Kalau di KL, banyak kelas mcm ni.

    ReplyDelete
  11. mcm ane nak brenti ni!!!!!!!
    tlong bg tips....

    ReplyDelete
  12. kalo nak benti ONANI, kite kne biasakan diri kite kpada jemaah...! jgn bersendirian,elakkan tngo aurat pompuan,kalo serch intrnt, jgn serc yg bukan2....! kalo bole, join TABLIGH...., insyaAllah korng x kan keseorangan....! blom cuba blom tahu... so, cubalah...

    ReplyDelete
  13. seks best! tp ketagih...

    ReplyDelete
  14. am in my 40s, and still love to do it...cos i thought self sex is a lot safer - from all kinds of diseases, no condom required. Anyway, try to avoid doing it cos its addictive.

    ReplyDelete
  15. sy ny brumur 17 tahun..sya risau krna sya suka beronani..bla lakukan hbgn seks,sy hnya bertahan xsmpi semnit,,ni ada kaitan kah??apa cra pylesaiannya??

    ReplyDelete
  16. ada kesan sampingan seperti badan menjadi bantut tak ??

    ReplyDelete