29 May 2007

Orang Minyak!!!

Baru-baru ini sekolahku digemparkan dengan video orang minyak.Ketika rakanku terjaga pada waktu malam,dia telah keluar daripada dormnya iaitu ditingkat dua.Dia memandang ke arah koridor di tingkat tiga.Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat ada satu lembaga berwarna hitam sedang memanjat tembok koridor tingkat itu.Kemudian dia segera mengambil telefon bimbitnya dan merekodnya.Kemudian dia terus masuk ke dormnya dan terus tidur kerana ketakutan.

Beberapa hari selepas itu,dia bertanyakan perkara itu kepada cikgu iaitu tentang kewujudan orang minyak.Perkara perbualan pelajar tidak kira lelaki ataupun perempuan.Setelah video itu diselidik,rupa-rupanya lembaga itu bukanlah orang minyak yang sebenarnya tetapi hanyalah seorang pelajar yang sedang memanjat tembok koridor.Tiada apa lagi yang perlu ditakutkan.Apabila difikirkan semula aku akan ketawa sendirian teringat apa yang berlaku.

1 comment:

  1. Hehe.. my school pun pernah heboh pasal orang minyak. mmg lawakla diorg nieh XD

    ReplyDelete