Tahun ini merupakan tahun terakhir aku menyambut Hari Guru bersama guru-guru di sekolah kerana aku sekarang di dalam tingkatan lima. Semua ini akan tinggal kenangan dalam perjalanan hidup aku.
Objektif utama Hari Guru diadakan adalah untuk menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Di samping menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. Malah ianya untuk memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru, meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
Selain daripada itu untuk memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru. Akhirnya untuk menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Kepada Guruku
Dalam hatiku tenang sernadi
Menatang pelita fiidup bercahaya
Kilat kemilau berbalas hati
Ingin menabur kata berjiwa.
Kupetik kuntum segar baharu
Kusisipkan di atas susunan piala
Namun hatiku disambar sedu
Tidak sebanding usafia yang ada
Hendak kuberl harta dan benda
Bukan demikian cara berbakti
Akan kukirim jiwa dan raga
Belum sekurnin bandingannya budi
Jika demikian wahai guruku
Andang citaku di mayapada.
Tiada dayaku membalas madu
Atau suatu benda mulia
Hanya sebagai kata sembah
Kepada guruku mulia budiman
Aku berjanji sepenuh iman
Menurut patuh nasihat intan
Segala ajaran dari guruku
Tunjuk pimpinan akan kubuat
Menyambung usaha cita guruku
Hingga terkabul bagal dihasrat.
Masuri S.N.
No comments:
Post a Comment