25 May 2008

Cinta Sejenis

Semakin banyak kes cinta sejenis antara wanita dipaparkan. Jika dulu budaya cinta sejenis lebih ketara di kalangan lelaki, nampaknya kini hubungan terlarang itu turut menonjol di kalangan wanita.

Ada yang sanggup lari dengan kekasih sejenis meninggalkan suami dan anak, malah ada yang tergamak buang ibu bapa semata-mata asyik dengan cinta sejenis.

Hubungan songsang yang mengundang petaka ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa. Mengapa mereka tertarik dengan kaum sejenis dan menyimpan naluri bertentangan dengan fitrah manusia. Kita kupas isu ini dengan mendapatkan penjelasan beberapa pihak.

Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim),
Hanafi Malek

“CINTA sejenis adalah perbuatan di luar tabie. Binatang pun tidak melakukan hubungan sejenis. Perbuatan ini melanggar fitrah kejadian manusia dan perintah Allah. Mereka kena ingat, perbuatan itu diharamkan dan mengundang bala. Ia berlaku pada zaman Nabi Lut apabila mereka menerima balasannya.

“Saya turut menerima kes cinta sejenis. Seorang eksekutif pemasaran wanita yang bergaji RM12,000 bercinta dengan kaum sejenis selepas kecewa akibat suami main kayu tiga. Mereka melakukan hubungan sejenis sejak 12 tahun lalu.

“Mereka yang terbabit dengan kegiatan ini sanggup berbohong dan mengada-adakan cerita sebagai alasan untuk meneruskan hubungan yang dilaknat. Cinta mereka bertuhankan hawa nafsu dan ajakan syaitan. Antara sebab berlaku cinta sejenis ialah mereka ada teman lelaki kasar, sedangkan wanita sifatnya sukakan kelembutan.

“Kerajaan perlu buat sesuatu untuk mencegah perkara itu daripada berleluasa dengan mengadakan akta berkaitan dan menguatkuasakan undang-undang bagi menghukum mereka yang melakukan kesalahan itu. Selain itu, pasakkan nilai murni dalam sistem pendidikan kita.”

Presiden Persatuan Penggerak Masjid Surau Malaysia (Pekemas),
Abu Hasan al Ashaari Zakaria
“Banyak faktor menyebabkan gejala ini berlaku. Ada wanita yang terpengaruh dengan cakera padat lucah dan Internet, mendapat gambaran perbuatan itu seronok dan mahu mengikutnya.

“Mungkin juga wanita itu trauma sebab dulu sering melihat ibunya dipukul ayah, jadi dia takut dapat suami bersikap seperti itu lalu memilih wanita sebagai kekasih. Selain itu, ada kes disebabkan wanita itu tidak mahu berkahwin dengan lelaki kerana takut kebebasan mereka dikongkong.

“Malah, ada wanita terpengaruh dengan budaya songsang ini ketika belajar di sekolah atau asrama perempuan. Perkara ini tidak akan terjadi antara wanita lemah lembut dengan perwatakan serupa. Ia mesti seorang berperwatakan lembut dan seorang lagi kasar, biarpun tidak ketara pada penampilan atau cara berpakaian.

“Perkara seperti ini juga boleh terjadi akibat tinggal menyewa sebilik. Mulanya mahu menjimatkan kos, tetapi tiba-tiba terbit perasaan sayang dan cinta. Apapun, hubungan ini tidak berlaku dalam waktu singkat kerana mereka mengambil masa untuk serasi.”

Peguam Syarie,
Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain
“Peruntukan untuk menghukum mereka yang terbabit dalam cinta sejenis memang wujud, iaitu mengikut peruntukan persetubuhan di luar tabie. Namun, perkara ini sukar dibuktikan dan biasanya dikesan melalui pengakuan mereka sendiri atau menerusi rakaman, jika ada.

“Sehingga kini belum ada pendakwaan berhubung kes itu. Serbuan atau tindakan boleh dilakukan jika ada aduan orang ramai. Jika sabit kesalahan, hukuman dikenakan sama seperti kesalahan zina, iaitu mengikut enakmen jenayah syariah.

“Ada beberapa kes iaitu suami mengadu isterinya ada hubungan dengan wanita lain. Apabila saya bertanya adakah pengadu (suami) nampak isterinya dan wanita terbabit melakukan perbuatan tidak baik, mereka tidak nampak. Cuma mereka syak berdasarkan hubungan terlalu akrab dan tingkah laku mencurigakan.

“Individu yang terbabit dalam kes seperti ini, sama ada cinta sejenis lelaki atau wanita, lebih mengutamakan pasangan cinta sejenis masing-masing berbanding pasangan hidup sendiri dan anak, misalnya menangguhkan sesuatu program kerana mahu ikutkan kemahuan kekasih.

“Kes seumpama ini boleh membawa kepada perceraian. Walaupun jumlahnya tidak besar, ia boleh menjadi virus dalam masyarakat. Perbuatan bertentangan agama ini menyebabkan bala seperti berlaku pada zaman Nabi Lut apabila bumi diterbalikkan oleh Allah.”

16 comments:

  1. bgi aku hubungan sejenis adalah sesuatu yg mulia jugak.....kita tak boleh nak halang hubungan sebegitu.......tidak salah nya hubugan sejenis ini kalau dikalangan yg bukan muslim...tpi kalau dikalangan muslim adalah salah kat agama die org....so kita tak boleh nak pertikaikan hubungan sejenis ini sebagai isu utama masa sekarang...itu adalh satu hubungan yg perasaan itu muncul tak di pinta dan tak diduga...so juz take the lead n lu fikir lah sendiri bak kata nabil raja lawak...hehheheh....okew tu jer comment aku bgi hubungan sejenis.....

    ReplyDelete
  2. hubungan sejenis mmg ditegah dalam semua agama..tidak ada satu agama pun menggalakkan hubungan sejenis ni..
    perkhawinan sejenis ni hanya diamalkan di negara barat sahaja.

    ReplyDelete
  3. erm..sbenarnye cinta sejenis tidak suatu yang berdosa.ia merupakan naluri yg terbit dan dtg dgn sndirinye.namun ape yg dilarang dlm agam islam ialah hubungan seks sesame mereka.cinta itu subjektif,dan ia terbit dgn sndirinye.contoh cinta dgn tuhan,binatang peliharaan,ibu bapa,adik beradik dan sebagainye..oleh itu tak salah bercinta sesame jantina asalkan tidak melebihi hadnya malah ia digalakkan kerana dapat mengelak permusuhan.

    ReplyDelete
  4. cinta sejenis bagi saya sama macam cinta berlainan jantina.cuma yang menjadi salah jika dibiarkan sehinggakan melakukan perkara-perkara terlarang.sama juga halnya dengan cinta lelaki dan perempuan.sekiranya sampai melanggar batas pasti akan mendapat dosa juga.

    ReplyDelete
  5. bg aku lg senang....dosa tetap dosa...cegah lebih baek dr mengobati....pk neraka jer la wei....

    ReplyDelete
  6. Dah memang terbukti salah dan haram, tak perlu nk tegakkan benang yg basah ..... cuma orang yang tak terlibat dgn cinta sejenis, tak perlu nak sibuk tunjuk bagus, konon nk bg pendapat, nk banteras lah, sebelom nk cakap bnyk pasal isu ni... sekali sekala .. cubalah cerminkan diri tu balik. undang2yg dilaksanakan, tidak akan berjaya dilaksanakan kepada pelaku2 cinta sejenis .. ini adalah kerana sukar mendapat bukti ...
    pelaku2 ini terlepas dr hukuman dunia, tetapi tidak terlepas dr hukuman tuhan...
    Jelas kan ... dan sangat ADIL ... semua org akan mendapat balasan di ats apa yg kita lakukan,
    Jadi tak perlulah kalian yg tak tahu apa2 pasal cinta sejenis ni nak menyibukkan diri bg pendapat konon nk tunjuk bgs ..
    Jaga diri sendiri dah cukup ... bnyk lagi bnda lain korang boleh buat .. Dont be IDIOtic

    ReplyDelete
  7. kadang kadang bukan kehndak seseorang tu untuk terlibat dengan bende macam ni. fahamilah perasaan dorang tu jugak. orang luar tak patut kutuk dorang. bukan kehendak dorang untuk sume tu jadi. itulah dugaan untuk dorang yang telah dihadirkan kpd dorang

    ReplyDelete
  8. lau da bukan kehendak diorang,kn bole je jadikan batu asas utk berubah jd normal..bukan xbley..korang sume hipokrit..mulut cam pantat ayam cirit buih..xyah la nak back up org2 songsang ni..cilanat!!

    ReplyDelete
  9. salam.
    sejak dari dulu lg dh ada bukti yg telah dijelaskn oleh Allah.mereka yang menjalinkan hubungan sejenis telah dilaknati Allah.so guna lah akal yang dipinjamkan itu sebaik baiknya.dan takutkan lah azab Allah.

    ReplyDelete
  10. wait,yg ngaku normal tapi masyallah mencarut,memaki bagai..ingatlah Rasulullah sendiri tidak memaki kaum kafir yahudi. astaghfirullah.
    Tak dinafikan ada yg mengikut nafsu semata²..sgt menyedihkan,tetapi bg golongan yg terperangkap dgn tuntutan naluri,hilang rasa percaya & mmg tdk berminat pd kaum berlawanan (bukan buat² malah cuba melawan)..jadi,Please Leave it to Allah to judge."Syurga & Neraka itu bukan di tangan kalian. Adios!We PRAY TOGETHER.TTS ALL>

    ReplyDelete
  11. Cinta sejenis boleh dihindari jika seseorang itu benar-benar ingin berubah dan tetapkan pendirian diri serta menahan segala dugaan yang datang. Perbanyakkan berdoa dan mengerjakan amal kebaikan...ubah pandangan terhadap kaum sejenis...jangan terlalu mengikut naluri diluar tabii...dekatkan diri dengan ilmu agama..rajin2 la melakukan solat sunat...dulu saya pun penah menjadi sebahagian dari mereka yang mengamalkan cinta sejenis tapi sekarang tidak lagi...untuk apa saya perlu habiskan masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah..apa yang saya dapat melainkan dosa yang menimbun2...belum tentu Allah mengampuni segala dosa yang ada...kawan2 diluar sana yang masih lagi bergelumang cinta sejenis ni saya nasihatkan jangan bazirkan usia yang Allah kurniakan...kita tidak tahu bila kematian akan menjemput kita...kasihankanlah mereka yang menyayangi kita...mereka cuma nak yang terbaik dari kita..Allah Maha penyanyang..sekiranya kita nekad nak berubah insyallah pintu kebaikan pasti akan terbuka luas...apapun kita kerjakan yang penting NIAT...jangan hiraukan segala tohmahan orang..yang penting kita tahu apa yang kita lakukan...Allah lebih mengetahui segala-galanya...kerana saya pernah lalui suka/duka cinta sejenis ni..bila saya dah berubah..saya jijik untuk kembali semula...kerana ini untuk diri saya demi masa depan saya..bukan untuk orang lain..Ingatlah Dunia hanya sekadar pinjaman sahaja..kita semua akan kembali kepada-Nya..umpama kita beri pinjam barang pada seseorang,nak ke kita terima kembali barang tersebutt dalam keadaan yang rosak..mesti tak nak kan...begitulah kita dengan Allah s.w.t-ein

    ReplyDelete
  12. salam..
    tolong lah fahami kami yg terlibat dlm masalah ni..kami xmmta jadi begini..kami mmg mahu jd normal tp amat susah..korang yg xpernah alami memanglah pyh nk faham n mmg senang ckp boleh berubah..tp payah..samalah org yg xmerokok menegur org merokok supaya henti merokok..situasi dia sama shj..lgpon klau kami terus ditindas,dicaci dan dihina tnpa ada org mahu memberi pertolongan utk kami berubah, MACAM MANA KAMI MAMPU BERUBAH? kasihanilah kami.. :( :( :(

    ReplyDelete
  13. Hai.
    Saya pn pernah mengalami situasi seperti ini. Bukan saya tak mahu berubah, saya pun pernah cuba dan mencari teman lelaki. Namun, tak sampai beberapa bulan, lelaki tinggalkan saya. Saya pun berusaha juga. Bukan tak nak berubah.

    ReplyDelete
  14. Perubahan untuk menjadi seorang yang lebih baik adalah digalakkan...tapi jangan sesekali berubah kerana orang lain, belajarlah berubah atas dasar diri sendiri..perbanyakkan ibadah sehingga wujudnya rasa cinta terhadap-Nya seperti pelihara solat 5 waktu,perbanyakkan melakukan solat sunat terutamanya pada tengah malam,berpuasa dan sebagainya...Islam adalah agama yang cukup indah dalam membentuk sahsiah diri. Jangan kerana disebabkan kejahilan.kita leka dimamah usia...rebutlah peluang yang ada..sentiasa ingatkan kematian..dari situ kita akan takut untuk berbuat dosa..memang tidak dinafikan kita ada niat untuk berubah tapi kadangkala banyak halangan untuk mencapai perubahan tersebut namun jangan putus asa setiap usaha pasti ada kejayaan. Ingatlah setiap kejadian pasti ada hikmahnya...tiada manusia yang sempurna..perbaikilah sedikit demi sedikit...saya juga pernah merasai betapa jerihnya untuk berubah tapi alhamdulillah...selangkah demi selangkah...

    ReplyDelete
  15. hai,ssh nk mjelaskn isu cnta sejenis nie..sy di antaranya.mmg agama mlarang keras semua hbgn terlarang tapi bila fkir balik ape yg terjadi bukan khendak sy.spe yg xnk hdup bhgia dgn suami atau ank2,mengidami ssbuah mhligai pkwinan...semua yg tlah dtpkn sbgai ppuan sy nk rasainya.sy pun xmahu hdp dlm dsa,bkn x mau berubah,da cuba tapi penangan hbgn cnta sesama ppuan ni sgt telus.ssh nk lupa sbb ianya indah.kita pun x minta jd bgini.sampai stu ms nti sy akn kmbali juga pd allah.hya allah yg th apa yg terjdi pada hambanya,sekian

    ReplyDelete
  16. Memang..sesiapa yg prnah terlibat dlm cinta sejenis ini tdk pernah meminta untuk jd begitu. Seperti saya, sudah mempunyai keluarga yg amat bahagia, suami yg tampan dan baik serta soleh, anak-anak yg comel. Entah di mana silapnya, saya tlh terjebat dlm cinta sejenis setelah berusia 40an, sedngkan perasaan sebegitu tdk pernah hadir sebelum ini. Ya Allah, apakah ini dugaan untuk hambamu. Tp sememangnya betul, cinta sesama ppuan itu telus dan indah. Ya Allah, tlglah hambamu, buanglah perasaan ini dari hatiku.

    ReplyDelete