Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) Klang dan Sekolah Menengah Islam  Hidayah, Johor Baharu, masing-masing muncul johan bagi kategori Bahasa  Arab dan Bahasa Malaysia dalam kejohanan debat antarabangsa pelajar kali  kedua di UIAM pada 11 Julai 2010 lalu.
  Sri Ayesha Islamic School dari Bandar Baru Bangi pula muncul johan bagi  kategori Bahasa Inggeris.
  Sekolah Menengah Islam Hidayah juga muncul naib johan bagi kategori  bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kisas juga muncul naib johan bagi  kategori Bahasa Malaysia.
Bagi setiap kategori, johan menerima hadiah RM1,000, piala pusingan  berserta sijil dan trofi manakala naib johan menerima RM700, berserta  sijil dan trofi.
Kejohanan itu dianjurkan bersama Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram),  Musleh Bhd (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia dan International Centre for Educational Excellence Berhad  (ICEE).
Pengerusi Musleh Berhad Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor berkata  selain mencungkil bakat berpidato dan berdebat dalam tiga bahasa,  kejohanan itu juga bertujuan melahirkan modal insan berkualiti.
Seramai 158 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar jaringan  Sekolah Menengah rangkaian Musleh, sekolah berasrama penuh dan sekolah  swasta mengambil bahagian dalam kejohanan yang bermula 8 Julai lalu.
Sumber : BERNAMA
wow! my frens ramai ex student kisas. congrates! :)
ReplyDelete