15 September 2007

Homoseksual Boleh Diatasi

Lelaki lembut boleh berubah jadi normal


Remaja berisiko terjebak gejala homoseksual perlu luah perasaan, dapatkan bantuan pakar

REMAJA yang mendapati dirinya mula ‘menyukai’ rakan sejenis perlu segera ‘melawan’ perasaan tidak sihat berkenaan dengan mendapatkan bantuan orang dipercayai seperti kaunselor. Memendam sendiri perasaan aneh itu hanya membuatkan mereka lebih cenderung terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti homoseksual.

Pakar Bedah Urologi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Badrul Hisham Bahadzor, berkata menyukai teman sebaya atau teman baik adalah perkara biasa di kalangan remaja. Bagaimanapun, tindakan segera perlu diambil sekiranya perasaan berkenaan bertukar ke arah seksual kerana ia boleh diperbetulkan.

“Perasaan ini tentu saja menimbulkan kekeliruan dan tekanan kepada remaja. Bukan sesuatu yang pelik jika sepasang rakan baik sentiasa kelihatan bersama walau ke mana juga, tetapi seandainya perasaan itu bertukar, remaja perlu berkongsi apa yang dialami dengan orang yang dipercayai seperti ibu bapa atau kaunselor.

“Meluahkan perasaan yang dipendam dapat membantu meringankan beban dan tekanan dialami,” katanya ketika ditemui pada Seminar Kesihatan Reproduksi Remaja bertema Remaja Bijak Jauhi Gejala Seksual di Auditorium HUKM, Cheras baru-baru ini.

Seminar yang dihadiri pelajar berusia 13 hingga 18 tahun dari pelbagai sekolah sekitar Kuala Lumpur itu dianjurkan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Persatuan Kesihatan Ibu dan Bayi Malaysia (Mamaneh 2000), Disiplin Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Jabatan Kejururawatan HUKM dan Persatuan Mahasiswa Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis perasmian disempurnakan, Dekan Fakulti Perubatan HUKM, Prof Datuk Dr Lokman Saim. Turut menyampaikan ceramah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj dan Penganalisis Jenayah, Kamal Afendi.

Dr Badrul berkata, perasaan berkenaan bukan sesuatu yang pelik kerana remaja sebenarnya sedang mencari identiti diri. Tanpa bimbingan daripada keluarga seperti ibu bapa atau kaunselor, berkemungkinan besar mereka memilih identiti yang bertentangan dengan sifat semula jadi.

“Masyarakat juga tidak seharusnya dengan mudah memberikan gelaran negatif kepada golongan ini. Lelaki lembut atau perempuan dengan penampilan tomboi tidak seharusnya terus dicop sebagai gay atau lesbian oleh masyarakat.

“Secara fizikal, mereka nampak saja begitu, tetapi jika dibantu, hakikatnya mereka boleh berubah. Kebanyakan golongan ini bila meningkat dewasa hakikatnya lebih berminat dengan heterokseksual (hubungan lelaki dan wanita),” katanya.

Selain mendapatkan nasihat dan pandangan keluarga atau pakar, remaja perlu mempunyai disiplin diri bagi mengatasi masalah ini. Bantuan dan kawalan daripada guru juga dapat membantu aktiviti kurang sihat di kalangan pelajar sekolah. Sama seperti hubungan kelamin biasa, hubungan sesama jenis terutama yang membabitkan bahagian anus (dubur) lebih berisiko tinggi mendapat penyakit jangkitan kelamin.

“Bahagian anus tidak sesuai untuk tujuan melakukan hubungan seks kerana sifat fizikalnya hanya berfungsi untuk membuang air besar. Hubungan seks melalui kawasan ini menyebabkan bahagian berkenaan luka dan mudah merebakkan virus atau kuman penyakit herpes, HIV/Aids, sifilis, gonorea dan sebagainya. Semua penyakit ini tidak ada penawarnya melainkan hanya sebagai ubat menahan sakit,” katanya.

Mereka yang dijangkiti penyakit jangkitan kelamin mengalami tanda seperti sakit ketika membuang air kecil, sakit perut, ruam pada kemaluan, bintik seakan lebihan isi pada hujung zakar, luka pada kemaluan atau ada cairan keluar daripada kemaluan. Kelewatan mendapatkan rawatan boleh mengancam nyawa dan menyebabkan barah pada kemaluan.

“Walaupun di Malaysia belum ada kajian mengenai bilangan sebenar penyakit kelamin di kalangan remaja, berdasarkan kajian di Barat, satu daripada empat remaja yang aktif seks dijangkiti penyakit jangkitan kelamin.

“Sebaiknya remaja mengamalkan hubungan sihat dengan ciri menghormati antara satu sama lain, kejujuran, bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Paling penting, tentukan had dalam hubungan dengan garis panduan agama dan budaya,” katanya.

Sumber : Berita Harian

14 comments:

  1. kata memag mudh dlafzkn tp insn yg mghadpinya dpndg serong,lalu meneblkn perasaan trsbut..kdg2 hendk dluahkn perasaan kpd org yg drskn layk ttpi org tu plak "terkam",,,,nk wat cmner???kalu macam tu???

    ReplyDelete
  2. Lah.. jgn rr luahkan kat laki lembut, laki sejati, kawan ppuan, guru dll ok. Mesti luahkan pada ibu, percayalah.. ibu tetap sygkan anaknya wlpn anaknya gay, down sindrom, gila dan sbgnya. Jgn takut.. itu yang paling berkesan.. Ingat, jgn mengadu kat bapa ok.. Ibu kpd budak gay rahu la nak buat camner, dia dah byk mkn garam..

    Wassalam..

    ReplyDelete
  3. kalau segan nak gtau mak ayah nak wat cmne. lgpun diorg boleh tengok you tube utk puas nfsu. kalo ni cmne plak ye?

    ReplyDelete
  4. mmg la ssh nk luahkan..sbb aka ada jwpan yg sama.,iatu taubat la..g semayang la....memohon keampunanan la..tpi kta yg ada masalah trus dlm dilamea...nk bgtau kt org...orh=g tu ok mula2..pastu dia mkn pulak kta....last kali...bgtau kt kt kwn laki..akher2 couple....sbb memeahmi...

    ReplyDelete
  5. hmm I admit I'm gay..
    but I'm not proud being gay..
    Org yg normal patut bersyukur..
    Jgn suka2 judge xtentu pasal..
    Korang x merasa..
    Is not easy as u think..
    Is not simple as ABC..

    aku ada persaan ni sjk kecik lg..
    aku xtau nk ckp mcm mana.
    mmg aku suka lelaki! Thts it!

    Kalau org normal nak faham mcm mana yg aku rasa..
    boleh..
    paksa diri korang untuk suka kaum sejenis..

    Sama mcm aku..
    aku dah paksa untuk terima perempuan..
    tapi aku geli.

    aku xtau nk jelaskan benda ni mcm mana..
    aku cuma attract dgn lelaki je..
    dgn perempuan aku mmg xboleh nk pergi r..
    ssh skit..
    slowly2..

    aku tau aku berdosa..
    kdg2 aku rasa serba salah sgt..
    aku mmg tertekan giler..
    smpi satu masa aku jd pendiam sgt..
    slalu tetiba menangis..
    cpt mrh..
    aku anggap diri aku x normal..
    aku pun x brkawan dgn org..
    aku rasa serba kekurangan..

    then lepas aku spm aku cuba terima diri aku seadanya...
    bukan aku nk menghalalkan perbuatan aku ni..
    cuma aku nk jiwa aku tenang and lebih rasional..
    so aku bergaul balik..
    aku mmg nmpak str8..
    aku pun hensem *bkn nk puji
    sbnrnya ramai perempuan yg nak kt aku..
    paling kelakar ada perempuan yg dtg merisik n nk bertunang dgn aku..
    what the heck? kenal pun x..
    The worst part..my mom accept..
    lastly aku terpksa call perempuan 2..
    and bg alasan mcm2..
    yg tu mmg pengalaman xbleh lupa!
    smpi skrg aku anggap benda tu kelakar coz perempuan cari lelaki..
    dia mmg cantik..baik..solehah..ustazah la sng citer..
    tp aku tau aku mcm mana..aku x lyk untuk dia..paling penting aku xnk dia terseksa.
    sbb masa tu aku mmg xle terima perempuan lg.
    tp skrg ada sikit2 la..
    slowly..
    sbb tu aku byk mmbe pompuan..ghehe

    aku tetap solat..
    n selalu doa agar Allah beri aku hidayah dan perasaan kat perempuan..

    aku ttp akan cuba ubah diri aku..
    aku terfikir nk anak..
    klu terfikirkan dosa..
    mmg aku menyesal..
    aku sakit hati..
    aku benci diri aku sendiri..
    aku tekad..
    bf aku yg sekrg ni la yg last..
    tp aku mmg syg dia..
    dia perfect!
    dia la lelaki yg aku idam2kan..
    cuma lately
    tiba2 hati aku tergerak nk berubah..
    aku nk berhenti semua ni..
    cuma aku xda kekuatan untuk putuskan hbungan tiba2..aku xnk lukakan hati dia..
    aku tau dia sygkan aku gila2..
    dlm byk2 aku bercinta..
    dia ni la yg paling lama, paling setia and lelaki gay yang paling baik aku jumpa..
    aku harap dan berdoa Allah beri aku dan dia hidayah semoga aku dan dia ada kekuatan untuk berpisah secara baik...

    Amin -

    korang doakan la aku..

    str8boy ZZ

    wassalam

    ReplyDelete
  6. im completely understand u str8boy ZZ, aku mengelami perkara yg sama,
    perasaan aku mula berubah masa aku belajar di ipt, aku ade seorg kawan baik
    kemana aku pergi,makan,mandi atau ke kelas pasti sama2...member2 yg lain pun dah paham sgt dengan kitorg
    tapi lama kelamaan perasaan aku berubah terhadap die
    ade sesuatu perasaan yg x pnh aku alami.... perasaan sayang dan persaan ingin melindungi seseorg...simply word aku layan die seperti kekasih
    dan aku mula tertekan....aku tertekan bukan kerana maslah belajar
    aku tertekan dgn persaan aku terhadap die...aku confused....i keep asking my self..kenapa aku jd cam nie...to be frank aku x pnh ade gf lg...aku hanye ade perasaan terhadap die sahaja....dan aku tak tertarik dengan lelaki lain..aku pendamkan perasaan aku dan aku berpura2 seperti biase.
    makin lame aku bersama dengan die makin teruk aku tertekan
    aku kerap menangis dan berdoa kepada allah
    diberikn pertunjuk
    selepas tamat pengajian, aku jarang menhubungi die dah aku berada jauh dengan die
    dan aku rase sedikit tenang..
    sekarang aku berada di eropah melanjutkan pelajaran, aku berasa agak tenang ...kerana berjauhan dengan die...tapi perasaan rindu tue tetap ade...
    tapi sampai sekarang aku masih x phm kenapa aku hanya ade perasaan terhadap die seorg sahaja..jikalau aku nie seorg gay,nape aku x minat n x tertarik ngan lelaki lain..aku x berminat pun...adakah aku seorg bisexual?
    syukur alhamdulilah aku masih ade perasaan suke dan bernafsu kepada wanita.
    aku tetap berusaha untuk ubah diri aku
    aku tetap berusaha atasi perasaan aku terhadap die...
    semoga allah berikn pertunjuk kepada aku dan seangkatan dgn aku...
    aku bharap,dalam tempoh aku berada di luar negara nie,aku dapat berubah..insyallah
    sekian, wasallam

    Man U

    ReplyDelete
  7. aku punya kes maybe len ckit. umo 18+. aku still x tahu identiti aku whether im lesbian or not. aku rasa aku ada prasaan suka pd prempuan since skola rendah. bila masuk skola menengah, tiap2 tahun pasti ambil seorg kakak angkat. kwn2 tahu aku ada ambil kakak angkat, tp perasaan aku spt aku syg lbh dr seorg kwn atau kakak.

    aku tak pernah jumpa seorg lesbian atau pernah mempunyai couple dr sama jenis. ttp aku lbh suka ushar prempuan yg lawa, comel, dan kdg2 boleh angau thdp prmpuan yg aku minat. skrg aku dh masuk ipt, ada lecturer comel n muda, aku dh mula minat, ari2 msti pegi cari dia kat ofis. kalu x jumpa pun, stkat dpt tgk muka skali imbas pun dh cukup.

    aku ada 2 org kwn yg slalu usik aku, mengatakn aku lesbian sbb sikap aku yg mcm tu, tp mereka x maksudkn pun, aku tahu.. smua prempuan yg pernah aku minat ialah prempuan yg normal, apabila dpt tahu mreka ada bf, aku akn rsa kecewa.

    maybe u all rsa mmg confem aku ni lesbian, tp yg mnyebabkn aku confius ialah kdg2 aku rsa nk kwn ngan llaki jga. aku xrasa tertarik dgn lelaki yg kacak, tp yang aku lihat seorg itu warak n alim. tp jika aku berangan atau tiada apa yg hndak dlakukan, aku akan lebih memikirkn atau teringat kpd prempuan2 yg aku minat.

    aku seorg yg baik pd pndngan org, tak pernh tinggal solat,agak pndai (3.9 PNGS) ntah solat aku selama ini dterima atau tidak, ntah sgala ilmu yg aku pelajari berkat atau tidak.

    jika hendak difikirkan siapa yang bersalah dlm hal ini, aku rasa ayah aku, kerana ibubapa aku pergi menunaikan haji dan meminta agar dpt anak lelaki, ttp akhirnya, aku, perempuan yang dilahirkn (mempunyai sifat leleki yang sukakn wanita).

    ttp, aku sedar aku yang perlu berubah, dh lama aku ingin berubah, ttp xberjaya. apa pun aku akn terus mencuba, kerana aku tahu perkara ini berlwn dgn fitrah dan aku x mahu Allah menurunkan bala spt kaum Lut yang mengamalkn kaum sejenis.

    tlglah berdoa agar aku dpt berubah kejalan yg lurus. amin...

    ReplyDelete
  8. salam...erm..pengalaman korang agk serupe dgn ak.. ak dilahirkan dlm adk bradek yg rmy lelaki..ak de rmy adek2 lelaki n sorang adek gal...ak akui ak lembut...n smaken lame prwatakan ak btambh lembut seiring dengan pningkatan umo ak..time skolah rendah ak prnh brtanye pade sorg member ni,pe prasan die time tgk laki ensem, die ckp xde pe2..ak trkjut dan trsenyum..kerana sangat kontra dengan ape yg ak rase...thn brganti thn..ak msok ke skolah menengah...ak mule bkwn dgn golongan yg sehati dan senaluri ngan ak..i mean lembut la...kiteorg juz kwn...pastu member aku ni tanye ak soalan yg penah ak tanye time skolah rendah...then jwapan kiteorg same..sejak time 2..kiteorg bkwn baek sampai skunk...form 2 ak dh mule gilekan duet dan kemewahan yg dgn senang ak bley dpt dr sugar daddy gay yg dahagekan anak2 ikan cm ak ni..ak dibele die sampai ak form4...ak mmg brade dlm dunie ak sendiri...dlm pade itu..ak sering brtukar kapel..sugar dady 2 juz utk jadi lombong mas ak...ak bhenti dr seme ni..selepas ak mendpt ujian dr ALLAH dgn penyakit buatan org...ak hamper jadi gile...sialan pade lelaki tue i2...memang ak xsangke die sanggop bomohkan ak...ak berhenti dr seme itu cmpy ak abes spm...
    skunk ak dh brade d ipta...semaken byk yg akprlu tmpuhi dan lawan dan yg plg besar adalah diri ak sendiri..kerna ak prasan sifat malu yg dulu ade padu aku utk trlalu expose sbg lelaki lembut sudah tiada...bahkan semaken kritikal.. ak ibarat mahu brtriak dlm kampus...ak lelaki lembut...
    ak thu mmg byk gle dugaan yg ak perlu tempuhi...
    ak harap korang tlg doakan ak dilindungi oleh ALLAH....

    ReplyDelete
  9. saya mempunyai pengalaman berkahwin dgn lelaki gay..
    saya seorg yg open minded.. saya boleh terima klu dia berterus terang dan cuba nak berubah tp syg dia ego. dia terlalu mengikut nafsu n maybe sebb dia ramai peminat (lelaki).. so dia rasa seronok hidup dgn dunia dia mcm tu.. sekrg kami dah berpisah dan saya ada seorg anak yg comel berusia 1 tahun..

    kpd rakan-rakan kat sini, u all pasti boleh berubah. yakin dengan Allah.. saya doakan semua di sini akan berubah.. setiap kali dtg nafsu tu, ingat la muka mak abah.. bygkan la klu dia sedang melihat apa yg kamu buat.. malu tak?

    manusia tak malu dgn Allah sebb tak pernah tgk Allah.. cubalah bygkan mak abah.. malu tak rasanya klu perbuatan terkutuk kita tu mak yg tgk.. apa yg ngkorang rasa klu anak u all lakukan bende yg sama..

    ReplyDelete
  10. insyallah.. kuat kan semangat.. u all pasti boleh berubah. percaya la. u all bukan pun cacat. bgai yg islam tu.. jumpa la ustaz yg boleh dipercayai. minta doa dan ayat tertentu utk jadikan amalan.. yg paling utama, jauhi rakan-rakan yg sejenis.. jauhi tgk gambar porn.. saya mmg nak sgt tolong golongan ni.. tp tak tahu nak buat mcm mana...

    ReplyDelete
  11. HAI..... INDAH HANYA SEMENTARA DERITA SEPANJANG MASA.............. TAK SEMUA FAHAM DAM MENGERTI SATU JASAD 2 JIWA...... MASYARAKAT BEBAS MENGHUKUM TETAPI AMPUNYA DIRI TAK TERTANGGUNG SIKSA ZAHIR DAN BATIN SETIAP MASA UJIAN DIHADAPAN MATA.

    INDERA KAYANGAN...:)

    ReplyDelete
  12. salam....
    im not perfect as u all....
    sy seowng lelaki sejati yg idup dalam kemewahan yg diberikan oleh papa n mama sy.....
    everything i want i eill got it.....

    ceritanya bermula masa aku skool rendah pai ipta skunk nie....
    masa skool rendah loooo aku sowg lelaki yg agak lembut...
    kerana sering dimanjakan mama aku....,.,
    aku selalu mkn minum n main ngan dak pompuan......
    pai r aku upsr....

    pas tuuu masuk skool menengah aku tekad nak jadi seperti boys yg lain2...
    nak jadi lelaki sejati
    so aku ubah penampilan aku yg lembut kepada yg keras....
    tranformm....
    tp cuma bertahan 3 taun jer....
    pai pmr
    kawan2 aku selalu panggil aku jambu...
    kena muka aku baby faces n bole dikatakan cumil....
    ramai senior2 aku selalu ajk aku jd adik angkat dieowg...
    p aku xlyn....
    aku suka masa f2...
    time tooo
    dak2 skool aku popular ngan maen raba2 k***k nie.....
    so aku selalu kena rab n raba owg nyer...

    anyway after pmr aku tkr skool laen......
    time too r aku jd gay....
    senior2 semua selalu buli aku...
    minggu pertama kat asrama aku kena bogelkan.....
    pas tu mcm2 rr dier suwuh watg....
    sejak tooo...
    tiap2 minggu aku kena....
    aku pun jd ketagih nak sex n gan laki nie....
    pai rr aku spm.....
    aku lak jd senior
    so aku selalu buli junior aku......
    pas spm aku sbg ipta......
    aku jumpa sowang aweks yg cun(ustazah)
    baik gler......
    n kite owg satu kls
    tiap2 ari aku bagi dier hadiah....
    p x penah terima pun...
    n pelbagai altenatif telah aku lakukan utk dptkan dier,,.,.,
    sehingga la aku masuk sem duer....
    aku dpt lecterur laki yg muda ensem n segak....
    aku selalu jumpa dier after klas.....
    aku suka sgt kat ....
    n pai r satu ari tooo...
    hjn lbt dier tpgkan aku naek kete dier.....
    dier tny aku soalan yg agak mencabar ckit....
    r u gay...
    aku pun terkelu....
    x tau nak jwb ke xx....
    pai rrr dier raba k###k aku...
    upanya dier suke kat aku gak.....

    n satu ari tooo....
    mama aku dimasukkan ke hospital....
    sakit jantung.....
    aku g r ngok.....
    mamam aku tooo....
    doc kate mama aku x leh thn lama g.....

    aku g r lawat mama aku....
    mamma aku kata mamam aku da jdhkan aku ngan sowang aweks nie....
    dier kate ank kawan dier....
    time tooo aku rs cam nak gler....
    coz aku benci pompuan....
    n mamam aku kata dier baik( mcm ustazah )
    so nak tak nak aku terima rrr....
    mamam aku kata g sebelum dier menutup mata dier nak ngok aku kawen....
    disebababkan aku keluarga berada....
    n aku nie blum abis stdy...
    keluarga pompuan bie pun setuju.....
    akhirnya ku kawin ngan pompuan satu klas ngan aku masa sem 1 dulu...
    aku bahagia nbgan dier skunk...
    n aku da ada 2 owg ank....
    naluri gay aku da hilang lepas kawen....
    aku kini berhijrah ke dubai.....

    hope adek2 semua yg songsang dapat berubah....

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete