22 September 2007

Duit Raya

Kita semua sudah berpuasa lebih seminggu dan kira-kira tiga minggu lagi akan menyambut hari raya. Sebagai pelajar sumber pendapatan hanyalah daripada ibubapa sahaja jika ada abang atau kakak yang telah bekerja mungkin boleh dapat daripada mereka juga.

Aku ada join Advertlets.com - Blog Advertising in Asia! tahun ini. Khabarnya ada ramai blogger di Malaysia yang mendapat pendapatan daripada syarikat pengiklanan ini. Itulah sebabnya aku join, harap-harap boleh tambah duit poket.


Ketika ini Advertlets ada menawarkan RM20 atau SGD10 untuk blogger yang menulis tentang Advertlets.com di blog masing-masing. RM20 mungkin kecil bagi sesetengah orang tetapi amat besar nilainya bagi seorang pelajar. Boleh beli makanan di kantin, boleh beli buku, boleh simpan saja untuk keperluan waktu terdesak.

Sebenarnya sesiapa saja yang ada blog boleh jadi ahli tetapi kawan-kawan aku ramai yang tak ada blog. Mereka ini ramai yang ada Friendster atau MySpace saja, mungkin di masa akan datang Advertlets boleh juga diletakkan di sana. Sementara tu yang ada dah ada blog jom join Advertlets.com!

No comments:

Post a Comment