21 September 2007

ASIS Bina Kecemerlangan Sahsiah

ASIS bina kecemerlangan sahsiah

Oleh HASANI HASSAN

MOHD. IDRUS ABD. HAMID

TUMPUAN kepada pembangunan sahsiah pelajar sewaktu di asrama menjadi kunci kejayaan kepada Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras yang membolehkan ia muncul sebagai sekolah berasrama penuh ketiga terbaik dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Walaupun sekolah tersebut yang ingin dikenali dengan nama ringkas ASIS, baru berusia empat tahun, namun kejayaan pihak pengurusan sekolah membina semangat komunitinya sungguh menarik sekali.

Menurut Pengetuanya, Mohd Idrus Abd. Hamid pembentukan seseorang pelajar bermula di asrama, oleh itu aktiviti juga harus bermula di asrama.

ASIS mewajibkan setiap pelajarnya selepas solat subuh, membaca al-Quran supaya ada pengisian rohani dan mendapat keberkatan, di samping sebagai latihan seorang pemimpin dengan nilai-nilai tinggi.

``Setelah itu barulah disusuli dengan aktiviti pembelajaran di dalam kelas,'' katanya.

Penyertaan guru dalam semua aktiviti itu juga secara langsung memupuk pelajar supaya menghormati guru.

Menurut Mohd. Idrus, dengan itu proses pembelajaran mereka akan lebih berkat dan barulah boleh mencapai kecemerlangan.

``Ini merupakan asas yang penting dalam membangunkan modal insan.

``Kita fokus pembangunan individu bermula di tingkatan empat, oleh itu apabila di tingkatan lima, mereka sudah bersedia,'' katanya.

Secara tidak langsung kaedah itu membolehkan masalah disiplin sangat kurang berlaku, memandangkan semuanya menganggap pelajar dan guru sebagai sebuah keluarga besar.

``Pelajar dan guru sentiasa sembahyang berjemaah dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi.

``Solat hajat dan solat taubat diadakan secara bergilir-gilir pada setiap hari, asrama bersih dan kemas kerana mereka menjaganya semacam rumah sendiri,'' katanya lagi.

Mohd Idrus merancang untuk menjadikan ASIS sebagai sebuah sekolah yang mempunyai wataknya yang unik dan tersendiri dengan kecemerlangan pencapaian dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

``Kita mahu pelajar sentiasa kelihatan kemas dan segak, selaras dengan moto sekolah untuk menzahirkan pemimpin bertaraf dunia,'' katanya.

Mengimbas kembali, ASIS ditubuhkan apabila kerajaan memutuskan untuk menggunakan semula bangunan bekas Sekolah Alam Shah yang telah berpindah ke Putrajaya (kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Alam Shah).

Penubuhan sekolah itu bertujuan untuk menambah bilangan sekolah berasrama penuh serta memberi peluang kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR dari sekolah biasa untuk memasuki asrama.

Pada peringkat permulaan, selain pengetua, cuma ada enam guru baru yang terpaksa membuka kelas dalam keadaan sekolah yang serba kekurangan, namun semua cabaran itu dapat diatasi dengan baik, termasuk mendapat bantuan sekolah-sekolah lain yang meminjamkan peralatan-peralatan untuk makmal.

Dalam peperiksaan SPM 2006, ASIS berada di tempat ketiga dari keseluruhan 54 sekolah berasrama penuh dengan himpunan 1A/2A sebanyak 83.17 peratus dan gred purata keseluruhan 1.636.

Ia juga berjaya mencapai markah A tertinggi peringkat Wilayah Persekutuan dalam mata pelajaran Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan.

Kecemerlangan sahsiah pelajarnya juga terserlah apabila mereka berjaya dalam pelbagai aktiviti kokurikulum antaranya berjaya memasuki peringkat akhir perbahasan dalam bahasa Inggeris di Putrajaya bulan lalu, kejayaan dalam Bahas Piala Perdana Menteri dan lain-lain.

75 peratus guru di sekolah itu juga adalah baru dan sekaligus menangkis dakwaan bahawa guru-guru baru kurang berwibawa dalam membina kecemerlangan sekolah.

Mengulas tentang pengisian pembelajaran dan pembelajaran di sekolahnya, Mohd Idrus memberitahu, kelas-kelas tambahan diadakan seawal selepas subuh terutama untuk subjek matematik tambahan.

Sekolah juga memperkenalkan konsep tutor-tutee yang mana pelajar cemerlang yang dikenalpasti oleh guru jadi tutor dan akan mengajar rakan-rakan mereka mengikut modul yang tertentu.

``Ini sekali gus menguatkan lagi semangat espirit de corp,'' kata beliau.

Untuk membina jati diri pula, setiap pelajar akan diberi peluang membuat ucapan umum mengikut tajuk-tajuk yang diberi pada waktu rehat setiap hari dan waktu perhimpunan mingguan.

Selain itu, keunikan dalam bidang kesenian juga berjaya dipupuk melalui pengenalan Tarian Zapin Johor kepada para pelajar hasil kerjasama yang erat dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

`PiBG kami bagai aur dengan tebing, mereka tidak mencampuri urusan pentadbiran sekolah tapi sebaliknya melengkapinya dengan memberi kerjasama dan bantuan kepada sekolah,'' katanya yang mengakui bahawa PIBG sekolahnya sangat aktif dan mengadakan pertemuan sebulan sekali.

Sumber : Portal PEndidikan Utusan

6 comments:

  1. Salam...
    Saya merupakan bekas pelajar ASiS batch kedua (KL RHYNO). Sememangnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan (sebagaimana di dalam artikel) telah banyak membantu saya untuk mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar asrama. Saya telah mengikuti kelas add math seawal jam 6.30 pagi, kelas sejarah sehingga jam 12 malam, dan juga terlibat dalam program tutor tutee. Semoga anda semua berjaya dalam SPM 2008.
    Sekian...

    aDoNisiaN (4H 2004 & 5A 2005)

    ReplyDelete
  2. fatah.
    oasis batch 4.
    asis dan produknya seiring.
    saya sayang asis

    ReplyDelete
  3. hye everyone...
    i was asis 3rd batch(asssasins..
    i used to attend add maths clas as early as 6.30am...
    When i had doubt in my studies, i wil consult d tutors, n they taught me a lot...
    ASiS advantage is dat..all for 1, 1 for all...
    menzahirkan pemimpin bertaraf dunia

    ReplyDelete
  4. aku dak asis batch 5..
    asis mmg bez..
    luv u asis!!

    ReplyDelete
  5. saya bekas cikgu Asis. rindu sgt dgn Asis. Tn. Hj. Idrus memang the greatest principal.

    ReplyDelete
  6. sy oasis jugak, batch kelima. mmg betul la ape yg tertulis klat atas tuh. pegetua mmg berwibawa, guru2 sume caring. pastu, kwn2 pun bez. mmg hebat la skola nih.... sayang asis..............

    ReplyDelete