Tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang didapati mampu dijadikan bahan  penting dalam sektor pembinaan.
Itulah yang dibuktikan oleh dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)  Kuantan di sini, Nur Azimah Najihah Mohamad Afandi dan Fatimah Zahrah  Mohd Sobri, yang berjaya menghasilkan batu bata daripada tandan kelapa  sawit yang banyak terdapat di negara ini.
Kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu mengambil masa setahun bagi  membangunkan projek dikenali "high silica brick" yang pada mulanya hanya  merupakan sebahagian daripada satu program pengajian bagi mendapatkan  sijil graduasi MRSM.
Melihat potensi kajian berkenaan, mereka bersama guru penasihat, Siti  Faridah Jusoh, berulang alik ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di  Bangi untuk menjalankan kajian lebih terperinci kerana peralatan makmal  di sekolah mereka adalah terhad.
Hasilnya, penemuan mereka itu telah memenangi pingat emas bagi kategori  fizik pada pertandingan Tunas Saintis MRSM Ogos tahun lepas serta  pingat gangsa di Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini yang turut  disertai mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Kajian berkenaan juga akan menyertai International Sustainable World  (Energy, Engineering & Environment) Project Olympiad (I-SWEEEP) di  Houston, Amerika Syarikat, dari 14 hingga 19 April ini.
Jika menerima penghargaan pada acara berprestij itu, batu bata  berkenaan dijangka dipaten dan dikomersialkan.
Nur Azimah Najihah, yang berasal dari Klang, berkata batu bata dengan  ukuran 10cmx10cmx10cm ciptaan mereka itu mempunyai daya tahan yang lebih  kerana terdapat kandungan silika yang tinggi pada tandan kelapa sawit  berbanding  batu bata biasa berasaskan pasir.
Malah, kata pelajar yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM) itu, batu bata terbabit juga lebih ringan, keras dan yang  paling penting, mesra alam sekitar.
"Sumber semula jadi seperti pasir semakin berkurangan, jadi penggunaan  tandan kelapa sawit yang biasanya dibuang ini lebih mesra alam," katanya  kepada  Bernama di sini Rabu.
Nur Azimah Najihah berkata sudah ada kajian menggunakan tandan kelapa  sawit sebagai bahan binaan sebelum ini, namun penyelidikan yang  dilakukan oleh MRSM Kuantan berbeza sedikit kerana ia 100 peratus bebas  penggunaan pasir.
Pengetua MRSM Kuantan, Khalil Abdul Rahman, berkata beliau yakin projek  dua pelajar terbabit mampu mencipta kejayaan di Texas nanti.
Beliau berkata penemuan tersebut merupakan satu inovasi yang penting  disebabkan kekurangan sumber semula jadi dunia pada masa ini.
Khalil juga berkata MRSM Kuantan mengharapkan tajaan daripada Mara  sendiri atau pihak-pihak lain bagi membantu mengurangkan kos ketika  pelajar-pelajar berada di Texas nanti.
Katanya sumber kewangan yang terhad selain kekurangan peralatan sering  menjadi kekangan kepada perkembangan daya kreatif pelajar sekolah  tersebut yang kini menerima status Program Khas Pendidikan.
Dua lagi pelajar sekolah itu yang turut mencipta kejayaan merangkul  pingat gangsa di pertandingan International Robotic Olympiad di Daejeon,  Korea, bagi kategori "Robot Dancing" pada 17 hingga 20 Dis tahun lepas  turut menghadapi masalah serupa.
Bagaimanapun, menurut Khalil, atas keprihatinan ibu bapa melalui Badan  Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat) sekolah itu, yang  diketuai Yang Dipertuanya, Zamhuri Talib, sebanyak RM5,000 berjaya  disalurkan bagi pembelian peralatan dalam menghasilkan robot berkenaan.
Katanya penyertaan pelajar tingkatan lima sekolah itu, Azri Irsyad  Juhari dan Ahmad Azra'i Jamal, merupakan pemenang tunggal dari Malaysia  yang turut diwakili sembilan lagi pelajar dari sekolah lain.
Khalil berkata sebagai langkah jangka masa panjang, MRSM Kuantan  bercadang mewujudkan satu pusat sehenti di sekolah terbabit yang  dilengkapi peralatan canggih serta bahan rujukan terkini bagi memudahkan  pelajar melakukan kajian dan pembangunan.
Beliau berharap alumni sekolah itu dapat menghulurkan bantuan bagi  merealisasikan hasrat MRSM Kuantan melahirkan lebih ramai pelajar  berinovasi.
Sumber : BERNAMA
Casino | Mapyro
ReplyDeleteA lively place to eat, play, and hangout in Las Vegas' renowned downtown. We offer the best 광주광역 출장샵 in 전주 출장마사지 restaurants, 여주 출장샵 lounge area 속초 출장샵 and other places to play. 경상남도 출장마사지