29 March 2009

Wajarkah Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik(PPSMI) Di Teruskan?

PPSMI telah termaktub dalam pelajaran hasil keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Namun begitu pelaksanaan dasar pembelajaran baru itu mula dilaksanakan dengan perintisnya pelajar murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah manakala Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 rendah untuk peringkat Menengah pada tahun 2003. Pelaksanaan penuh PPPSMI ialah pada tahun 2007 bagi peringkat Sekolah Menengah dan tahun 2008 bagi peringkat Sekolah Rendah.ppsmi

Pihak kerajaan mengatakan rasionalnya penukaran bahasa pengantar bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah dasar keperihatinan mereka terhadap pembangunan sumber amnusia dalam era globalisasi untuk mencapai taraf negara maju setanding dengan negara-negara dunia pertama.

Selain itu semua sedia maklum bahawa matapelajaran Sains dan Matematik menjadi asas dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Acapkali ada saja penemuan baru dan inovasi dalam bidang tersebut, dan semua ini hanya boleh didapati dalam versi Bahasa Inggeris. Tambahan pula Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa perhubungan antarabangsa jadi ini secara tidak langsung akan mempercepat perolehan maklumat dalam bidang ini.

Kesimpulannya, dengan terlaksananya dasar PPSMI ini maka pelajar-pelajar dapat bertambah maju dalam bidang Sains dan Matematik ini kerana sebahagian besar sumber bagi kedua-dua bidang ini ialah Bahasa Inggeris. Memang cukup membanggakan pencapaian ini jika dasar ini dapat dicapai oleh semua pelajar di seluruh pelusuk negara. Apa yang kita kerap kali dengar atau lihat di media massa kini hanyalah pandangan daripada sebelah pihak, bagaimana dengan mereka yang menghadapi kesukaran dengan terlaksananya dasar baru ini.

Oleh itu kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan pelajar-pelajar di bandar dan daripada keluarga berpendidikan tinggi mendapat manfaat dan kepentingan melalui dasar ini manakala majoriti yang menjadi mangsanya adalah Melayu kerana 70% mereka ini ialah penduduk luar bandar. Tambahan lagi jurang antara penduduk bandar dan luar bandar akan melebar.Photobucket

Pernahkah kita terfikir Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.

Dalam satu kajian yang lain keputusan menunjukkan dasar PPSMI ini hanya mencatatkan sedikit sahaja peningkatan iaitu hanya sebanyak empat peratus sahaja. Selain itu dasar ini juga mengakibatkan para pelajar hilang rasa minat terhadap pelajaran Sains dan Matematik.

Apa pendapat anda para pembaca? Patutkah PPSMI diteruskan ataupun dimansuhkan. Semua ini bergantung kepada pendapat peribadi masing-masing.

2 comments:

  1. Assalam mu alaikum wr wbt.
    Pertama nak bagi tau bahawa saya pernah mengajar di SBP selama 3 tahun. Mengajar budak pandai memang senang berbanding mengajar budak kurang pandai.
    Kedua, kelas yang saya ajar memang ramai yang tertidur. Letih rasanya nak jadikan kelas itu lively. Habis kaedah dicuba agar anak murid tak tertidur waktu P&P. When you close your eyes you also close your ears. Mata dan telinga adalah merupakan dua organ deria yang terpenting dalam pembelajaran. Bila kedua-dua ditutup maka maklumat, pengetahuan dah tak ada jalan masuk.
    Ketiga, semasa saya mengajar tingkatan tiga bagi mata pelajaran sains saya dapati lebih daripada tiga perempat or 75% yang tak faham kalau saya ajar mereka dalam BI. Oleh kerana saya dicabar oleh Pengetua agar mengajar dalam BI kononnya ada arahan dari atas, saya ajar murid-murid ini, tottaly in English, saya dapati ramai yang mengeluh. I told them, if you want to complain do not complain to me but you must complain to the Principal or to the Minister. Akhirnya mereka komplin kepada Pengetua. Dan Pengetua minta saya ajar dalam bahasa yang membuatkan murid-murid itu faham.
    Jadi moral dibelakang cerita ini ialah, mengajar Sains dan Matematik bukan cara yang betul nak tingkatkan BI. Yang penting ialah belajar BI dengan betul nak tingkatkan pencapaian Sains dan Teknologi. Jadi fokuskan kepada peningkatan kaedah mengajar BI. Bukan membebankan guru Sains dan Matematik.

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Salam Revolusi...

    Pertama, saya menyatakan bahawa penggunaan perkataan 'mengusir' pada bahasa itu tidak patut dan tidak elok digunakan...

    Yang kedua,
    Inilah masalah guru berbagsa MELAYU...
    Tidak mahu bergerak ke arah lebih maju...
    Bila sesuatu itu susah, dijadikan bebanan untuk diri...
    Bila tidak dapat buat, salahkan orang lain...

    Penggunaan Bahasa Inggeris ini dapat memajukan anak bangsa kita, masyarakat MELAYU...
    Tetapi guru berbangsa MELAYu sekarang ini hanya mengambil mudah perkara ini ...
    Tiada usaha untuk membantu dan memajukan diri dan anak bangsa...
    Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Math dan Science ini bukan menjadi tujuan utama untuk menguasai bahasa inggeris tetapi bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu untuk math dan science...
    Hampir 95% buku rujukan untuk kedua-dua subjek ini ditulis dalam bahasa inggeris...
    Ini tidak boleh disangkal...

    PPSMI juga menjadi persediaan anak bangsa kita, orang MELAYU untuk menuju pembelajaran yang lebih tinngi terutamanya Universiti...
    Penggunaan Bahasa Inggeris sangat meluas di Universiti...
    Jangan kerana kita tidak mahu usaha untuk mengajar anak murid kita dalam Bahasa Inggeris, nanti anak murid kita tercicir di Universiti...

    Kalau anak murid tidak faham, kenapa tidak mengajar dalam dwi bahasa???
    kita bergerak sedikit demi sedikit...
    Jangan terlalu gopoh...
    Makin lama kita cuba perbaanyakkan penggunaan English dalam P&P...
    Makin lama, nescaya anak bangsa kita akan mampu...
    Tetapi sekarang sudah lain...
    Bila pelajar tidak boleh buat, pengetua la yang salah dan kerajaan yang salah...

    Jangan kita cepat melatah...
    Kita kena ada sikap untuk berdaya saing dengan masyarakat lain terutamanya cina dan india...

    Saya bagi comment di sini bukan sebab apa...
    Saya sedih melihat guru2 MELAYU yang mempunyai sikap yang ambil sambil lewa ini...
    Dan saya juga sedih bila melihat anak bangsa kita, orang MELAYU lebih kebelakang daripada kaum lain dalam konteks pembelajaraan...
    Dan yang paling penting, saya bagi comment di sini kerana saya merupakan pelajar batch pertama yang diuji dengan PPSMI ini..
    saya tingkatan 1 pada 2003...
    Saya lihat anak bangsa kita mampu belajar dengan sistem PPSMI ini...

    Terima Kasih...
    Salam....

    ReplyDelete