22 June 2008

SSAS Wakili Putrajaya Pada Pesta Pantun

SEKOLAH Sultan Alam Shah (SSAS) akan membawa cabaran Wilayah Persekutuan Putrajaya pada Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Malaysia (Pesta Pantun) peringkat Kebangsaan di Perlis, mulai 21 hingga 24 Julai ini.

Pada pertandingan akhir peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1), semalam, sekolah itu yang membariskan Amirul Hazim Nazar, Muhamad Adham Abdullah, Mohamed Shaik Firdaus Mohamed Shaik Jamaludin dan Muhammad Irfan Faiz Mohd Annuar menewaskan SMK Putrajaya Presint 11 (1) yang diwakili Nur Erina Norazlan, Ashraful Nil Ahmad Musadad, Kamilah Hanani Kamin serta Luqman Affan Nazri.

Selain mengulangi kejuaraan tahun lalu, SSAS turut meraih kemenangan berganda apabila Mohamed Shaik Firdaus dinobatkan pemantun terbaik.

Guru pembimbing SSAS, Iza Shahriana Idris, berkata pihaknya akan mendapatkan khidmat pakar bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membimbing pasukan itu bagi menghadapi pertandingan peringkat kebangsaan.

“Antara tumpuan kami adalah memperkayakan kosa kata, selain memantapkan gaya penyampaian mereka,” katanya.
Zemanta Pixie

No comments:

Post a Comment