09 February 2008

Belajar Secara Berkumpulan

Bagaimanakah cara anda belajar, bersendirian atau berkumpulan? Sebenarnya jika mengikut cara yang betul, belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada bersendirian. Sebaliknya jika gagal mematuhi garis panduan asas, duduk untuk belajar berkumpulan akan merugikan masa sahaja.

Belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Walau bagaimanpun amalan ini perlu dilakukan mengikut garis panduan seperti di bawah agar usaha ini dapat memberi kesan kepada pelajar.
  • Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.

  • Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.

  • Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Malah untuk yang belajar di asrama boleh berkumpul di sekitar sekolah. Apa yang penting ialah menjauhi daripada gangguan kebisingan.

  • Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.

  • Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.
Jika anda boleh mengikut garis panduan asas di atas cubalah wujudkan kumpulan belajar anda sendiri. Matlamat kita adalah untuk sama2 menjadi pelajar yang cemerlang.

4 comments:

  1. AKU NAK FAEDAH/KEPENTINGAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN LAH!!
    BUKAN CARA2 MEMBUAT STUDY GROUP!!!!!!!!!!!!
    >:(

    ReplyDelete
  2. BETULPUN KAWAN,SAYAPUN TANYA PANTUN FAEDAH BELAJAR SECARA DLM KUMPULAN,TAPI KOMPUTER NI BAGI NASIHAT MACAM MANA NAK MEMBUAT KARANGAN TENTANG TAJUK TERSEBUT.K BYE KAWAN BIAR SAYA CARI SENDIRI/TANYA KELUARGA SAYA/KAWAN SAYA.K BYE TC.JAGA BADAN KAWAN YE...............

    ReplyDelete
  3. haiz...
    search wrong web la

    ReplyDelete
  4. Anis nak perbahasan!bukan benda ni.tapi benda ni berguna!terima kasih.
    :) ;) 0////0

    ReplyDelete