Ketika ini hampir setiap hari ada berlaku petir. Oleh itu kita perlulah berhati-hati terutama apabila berada di luar rumah. Sekarang pula banyak sekolah sedang sibuk mengadakan sukan tahunan masing-masing.
Langkah keselamatan semasa petir Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di tempat kecil atau di bawah pokok yang terpencil.
Jika berlaku kilat dan tiada bangunan kukuh, masuk ke dalam kereta dan tutup tingkap.
Hindari daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik.
Guna telefon hanya ketika kecemasan. Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.
Jangan mandi.
Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampa.
No comments:
Post a Comment