
Rakan, mahu seronok punca remaja merokok
Oleh Ziauddin Sharuddin
Peratusan yang mengamalkan tabiat buruk berusia antara 15-19 tahun lebih tinggi di kalangan lelaki berbanding perempuan
SEORANG ibu memasuki bilik anak lelakinya untuk mengemaskan bilik, ketika pembantu rumahnya bercuti. Bagaimanapun, dia terkejut apabila terjumpa sekotak rokok tersorok dalam almari pakaian.
Dia sama sekali tidak menyangka anaknya mengikut jejak langkah suaminya, yang memang pe
rokok tegar. Lebih membimbangkannya, anak lelakinya hanya berusia 15 tahun.
Selepas sesi soal jawab, dia lebih terkejut apabila mendapat tahu, anaknya me
rokok sejak dua tahun lalu. Ketika itu, terjawab persoalan mengenai duit belanja anaknya yang sering tidak mencukupi.
Senario itu adalah antara fenomena yang dihadapi ibu bapa dengan perasaan bimbang, tetapi seperti kanser, ia semakin merebak dan mula mencengkam masyarakat.
Kira-kira 0.5 peratus pe
rokok bermula pada usia belum mencecah 10 tahun dan semakin meningkat pada usia antara 10 hingga 14 tahun (12.8 peratus). Sebahagian besar mencuba ketika di sekolah menengah, iaitu antara 15 hingga 19 tahun (47.5).
Berbanding mereka yang mula me
rokok antara 25-29 tahun (7.5) dan lebih 30 tahun (5.9), majoriti atau 60.8 peratus mula me
rokok selewat-lewatnya ketika berusia 19 tahun.
Hasil kajian Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) dua tahun lalu, mendedahkan bahawa pengaruh rakan sebaya sebagai punca utama remaja menghisap
rokok.
Profesor Madya Dr Lekhraj Rampal, berkata 14.6 peratus daripada remaja antara 15-19 tahun me
rokok, tetapi peratusan lebih tinggi di kalangan lelaki (28.1) berbanding perempuan (1.1).
Katanya, dua alasan utama remaja menghisap
rokok ialah galakan rakan (48.5 peratus) dan sengaja hendak berseronok (34.6). Alasan lain, termasuk menghilangkan tekanan (7.2), menyangka cara bergaya untuk berseronok (3.6) dan ibu-bapa me
rokok (1.6).
Bagi sesetengah pihak, kajian yang dibiayai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu bersifat akademik. Tetapi tanpa kajian itu pun, dengan melihat keadaan sekeliling dan membuka hati kita, itulah realitinya.
Bagi Dr Rampal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Mengenai Tindakan Me
rokok (ASH) Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), keadaan me
rokok di Malaysia walaupun semakin baik, tetapi masih masalah besar.
“Semakin baik kerana secara perbandingan ketika 10 atau 20 tahun lalu, di hospital pun orang me
rokok. Kini dengan larangan dan denda yang boleh dikenakan termasuk di tempat awam lain, keadaan itu sudah tidak wujud lagi.
“Bagaimanapun, masalah ini menjadi serius kerana pembabitan remaja dengan tabiat buruk ini,” katanya.
Presiden MMA, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata
rokok menyebabkan kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun, dengan masalah ini lebih ketara di kalangan lelaki dewasa.
Katanya, kira-kira 47.2 peratus lelaki menghisap
rokok dengan Melayu paling ramai (55.6 peratus), diikuti Cina (34.1) dan India (33.4)
“Mereka yang mati akibat penyakit berkaitan me
rokok, biasanya mati 14 tahun lebih awal.
“Me
rokok juga diramal menjadi punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia mengatasi penyakit HIV, Aids, batuk kering, kemalangan di jalan raya dan bunuh diri,” katanya.
Dr Rampal berkata, remaja me
rokok memberi kesan buruk terhadap sosioekonomi negara.
Beliau juga mengingatkan bahawa me
rokok mempunyai kaitan rapat dengan masalah penyalahgunaan dadah yang kekal menjadi ancaman besar kepada negara. Ini kerana 75 peratus daripada penagih dadah bermula dengan me
rokok.
Selain itu, katanya kerugian dilihat dari segi kos rawatan perubatan yang terpaksa ditanggung apabila remaja pe
rokok menjadi dewasa dengan pelbagai penyakit merbahaya yang perlu diubati.
Pandangan Dr Rampal disokong Presiden Persatuan Pakar Kesihatan Awam, Dr Zainal Ariffin Omar, yang memberitahu semakin ramai pesakit kanser paru-paru adalah golongan muda, termasuk seawal 18 tahun.
Dr Zainal berkata, dua pertiga pesakit kanser yang dikaji memberitahu mereka me
rokok pada usia belasan tahun.
“Dulu hanya golongan tua, iaitu 50 tahun dan ke atas menderita kanser paru-paru, tetapi kini kita boleh melihat remaja semuda 18 tahun mendapatkan rawatan,” katanya.
Semua pihak tahu bahawa me
rokok merbahaya, tetapi apakah strategi untuk menghalang remaja me
rokok?
Dr Rampal mengakui sesiapa saja, termasuk doktor boleh bercakap mengenai kesan merbahaya me
rokok, tetapi kepada remaja, ini tidak memberi sebarang kesan seperti `masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’
Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya remaja dipertanggungjawabkan mengendalikan sendiri program anti me
rokok kerana remaja lebih percayakan rakan sebaya.
“Program melatih remaja untuk mengendalikan program ini juga perlu diadakan bagi menjadikan program itu lebih berkesan.
“Ini boleh dilakukan dengan mengadakan kem peringkat nasional, negeri dan daerah yang memberi latihan spesifik mengenai semua aspek mengenai bahaya me
rokok, kaitannya dengan penyalahgunaan dadah dan tips berhenti me
rokok,” katanya.
Bagaimanapun, katanya ketika ini tidak ada program khusus untuk menangani masalah remaja me
rokok, sama di peringkat sekolah atau Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Beliau percaya pembabitan secara langsung remaja dalam program anti me
rokok berkesan untuk mewujudkan budaya yang remaja tidak akan terdorong untuk menghisap
rokok.
Beliau berkata, usaha ini perlu dilakukan berterusan dan memerlukan komitmen tinggi, terutama di peringkat sekolah, IPT dan masyarakat perlu memberi sokongan padu.
Pada masa sama, katanya Malaysia perlu bergerak menuju ke pengharaman sepenuhnya me
rokok walaupun ketika ini, usaha itu akan menjadi isu besar.
“Di New Zealand, sudah ada perbincangan untuk mengharamkan sepenuhnya me
rokok, tetapi Malaysia tidak drastik seperti itu. Mungkin lebih realistik ialah pengharaman secara berperingkat,” katanya.