21 August 2005

Buli

Buli


Di sekolah asrama kes buli amat popular tidak kira samada sama umur atau di antara junior ataupun senior. Buli ini ada baik dan ada buruknya. Antara kebaikan buli ialah mengajar kita berdikari dan keburukannya ialah timbulnya rasa tidak puas hati dikalangan pelajar yang dibuli.

Baru-baru ini aku baru sahaja dibelasah oleh seramai 10 orang pelajar tingkatan 4. Aku dibelasah bersama beberapa kawan yang lain. Puncanya hanya kerana kami tidak menghormati mereka. Kami disuruh berdiri memanjang kemudian kami ditumbuk dan ada juga yang disepak. Salah seorang kawan aku dibelasah dgn teruk kerana pelajar tingkatan 4 itu tidak puas hati dengannya. Kami dibenarkan pulang ke dorm masing-masing pada pukul 2.30 pagi.

Buli sebenarnya tidak semestinya hanya memukul kadang-kala aku juga disuruh mengurut atau membasuh baju malahan macam-macam lagi. Aku rasa setakat ini sajalah cerita tentang buli.

1 comment:

  1. satu cara untuk atasi masalah buli adalah dgn tidak mengulangi perkara yang sama. masudnye kalo dah kene ngan senior yu, xpayahla buat balik kat junior kt. aku penah dibuli. pompuan punye buli lain sket, dorang x pukul dorang panggil memalam, pastu bebel sampai pagi, ade je salah yang dorang nampak tahpape je stail dorang bg tekanan perasaan. serius, ak x suke masuk dorm ak.tp ak x buat sume tu pd junior ak. becoz im not like them.. no life.

    ReplyDelete