TIPS BERHENTI ME ROKOK
1.Keazaman yang kuat - Tetapkan hari permulaan berhenti merokok. Buang semua rokok, produk tembakau, tempat habuk rokok, sama ada di rumah, kereta dan tempat kerja. Apabila berhenti merokok, jangan hisap, malah menghidu asap pun tidak boleh.
2.Sokongan dan galakan - Beritahu ahli keluarga, rakan dan kakitangan sepejabat bahawa anda berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka. Minta mereka tidak merokok dan meninggalkan rokok berdekatan anda.
3.Belajar kemahiran berhenti merokok:
- Cuba elakkan diri berfikir mengenai rokok. Bercakap dengan seseorang, pergi berjalan dan sibukkan diri dengan sesuatu tugas.
- Ubah rutin apabila kali pertama berhenti merokok. Gunakan laluan baru ke tempat kerja, Minum teh menggantikan kopi dan bersarapan di tempat baru.
- Lakukan sesuatu untuk mengurangkan tekanan seperti mandi air panas, bersenam dan membaca.
- Rancangkan sesuatu yang boleh menggembirakan hati setiap hari
- Banyakkan minum air.
4.Dapatkan ubat-ubatan dan gunakan dengan betul. Penyedut nikotin, penyembur hidung nikotin dan penampal nikotin yang diperolehi dengan preskripsi serta gula-gula nikotin boleh membantu berhenti merokok.
5.Bersedia untuk saat sukar atau kembali merokok. Jangan kecewa dan putus asa apabila anda merokok semula. Ingat kerana ramai yang berjaya selepas beberapa kali mencuba. Jauhi alkohol dan perokok lain.
KEBAIKAN KEPADA KESIHATAN APABILA BERHENTI MEROKOK
20 minit - Tekanan darah dan denyutan nadi turun ke kadar biasa. Suhu kaki dan tangan kembali biasa.
8 jam - Kadar karbon monoksida dan oksigen dalam darah menurun kepada biasa.
24 jam - Peluang mendapat sakit jantung menurun.
48 jam - Sel saraf kembali berkembang. Deria bau dan rasa bertambah baik.
2 minggu hingga 3 bulan - Pengaliran darah bertambah baik. Lebih mudah berjalan. Fungsi paru-paru meningkat 30 peratus.
1 bulan hingga 9 bulan - Batuk, sinus, keletihan dan sesak berkurangan. Cilia (rerambut halus) dalam paru-paru tumbuh semula untuk menangani masalah lendir, membersihkan paru-paru dan mengurangkan jangkitan.
1 tahun - Risiko penyakit arteri koronari menurun 50 peratus berbanding perokok.
5 tahun - Kadar kematian akibat kanser paru-paru menurun. Risiko mendapat angin ahmar sama seperti bukan perokok. Risiko mendapat kanser mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang dan pankreas menurun.