Saya adalah salah seorang guru yang telah berkhidmat lebih 16 tahun di tiga buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tujuan saya menulis adalah untuk membetulkan sikap pelajar dan penjaga terutama yang miskin atau kurang berkemampuan menolak tawaran ke SBP.
Semasa berbelas tahun di SBP, kami sering menghadapi keadaan di mana kami sendiri terpaksa menelefon atau pergi ke rumah pelajar tersebut (terutama pelajar miskin) atau menghubungi Guru Besar sekolah lama pelajar untuk memujuk mereka supaya menerima tawaran tersebut.
Sekiranya pelajar yang menarik diri terdiri daripada keluarga berada tidak menjadi masalah kerana mungkin mereka lebih berasa kondusif berada di rumah dengan segala kemudahan tersedia.
Apa jadi jika yang menarik diri itu adalah daripada pelajar yang kurang berkemampuan? Ia semestinya merugikan mereka.
Alasan yang diberi ketika menolak tawaran tersebut ialah masalah kewangan. Sekali dilihat memang senarai yuran tahunan yang disertakan bersama surat tawaran kepada para pelajar mencecah RM1,000. Sekira dilihat sekali imbas, memang kadar tersebut agak tinggi.
Namun begitu jika dikaji secara terperinci kadar tersebut amat berpatutan. Ia meliputi yuran makan, yuran persekolahan dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Manakala yuran koperasi pula meliputi pakaian pelajar, cadar, sarung bantal, selimut, baju batik, buku tulis dan sebagainya.
Mana-mana pelajar miskin (pendapatan di bawah RM600), pihak Kementerian Pelajaran memperkenalkan Projek Khas (Projek Miskin) di mana sebahagian besar perbelanjaan di SBP akan ditampung oleh pihak kerajaan.
Pelajar-pelajar yang berkelayakan juga boleh mendapat tawaran biasiswa sama ada daripada pihak kementerian atau swasta.
Kerajaan juga menyediakan peruntukan yang besar untuk pelajar-pelajar SBP malah mereka boleh disifatkan sebagai anak emas.
Guru-guru di SBP telah ditanamkan dengan semangat supaya menghayati sepenuhnya misi dan visi penubuhan SBP iaitu sebagai pusat kecemerlangan pelajar. Sedangkan di sekolah harian sukar dijalankan seperti ini kerana kekangan waktu untuk pelajar makan tengah hari atau masalah mengumpulkan semula pelajar setelah selesai sesi persekolahan.
Ibu bapa dan pelajar perlu sedar mengenai kelebihan SBP di mana Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan kecemerlangan pelajar termasuk mengadakan peperiksaan selaras. Program Kecemerlangan seperti Program Perfect Score, Nadwah Kepimpinan dan sebagainya diadakan untuk kecemerlangan pelajar.
Di SBP, anak kita dikawal dan diperhatikan oleh para warden 24 jam sehari tanpa jemu sehingga ada yang sanggup tinggal bersama pelajar di asrama.
Suasana pengajaran dan pembelajaran lebih baik dan berkesan dengan kemudahan yang disediakan seperti komputer sama ada di sekolah atau di asrama. Kegiatan kokurikulum dan bakat pelajar dapat diketengahkan kerana pelajar berada di asrama serta mudah diuruskan
Sebagai rumusannya, saya menyarankan kepada ibu bapa yang anak-anak mereka ditawarkan ke mana-mana SBP (terutama yang miskin) menerima tawaran tersebut. Jangan fikirkan tentang yuran persekolahan kerana ia tidak membebankan.
Jangan hanya dengar kata orang sebaliknya ibu bapa boleh berbincang dengan pihak sekolah. Sekiranya benar-benar bermasalah ibu bapa boleh menghubungi PIBG sekolah untuk mencari jalan penyelesaian. Berikan hak anak-anak kita untuk melanjutkan pelajaran ke SBP kerana ini adalah agenda nasional.
Jangan nafikan hak anak-anak kita. Jika sekiranya mereka kurang sesuai di SBP mereka boleh kembali ke sekolah harian. Berikan mereka peluang dahulu.
Artikel ini ditulis oleh Tuan Haji Bahar dari Peringgit, Melaka.
Cerita pengalaman semasa berada di sekolah berasrama penuh dan yang berkaitan dengan SBP.
08 March 2008
17 February 2008
Dilema Ke Sekolah Asrama Penuh
Baru-baru ini Anita memperoleh keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang membanggakan dan bercadang menyambung persekolahan menengah di sekolah berasrama penuh (SBP).
Namun apabila kerajaan mengumumkan hanya akan mengambil hanya 6,090 orang sahaja daripada 93,000 pelajar yang memohon untuk ke asrama penuh, Anita menjadi berbelah bahagi.
Tambahan pula terdapat saudara terdekatnya yang pulang semula ke sekolah harian biasa kerana tidak sesuai dengan persekitaran dan suasana di asrama penuh. Dia menjadi keliru dan serba salah antara keinginan dan cabaran yang akan ditempuhi.
Sebanyak 12,320 calon pula adalah daripada semua yang meraih A datangnya dari luar bandar. Adik Anita mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang memohon itu dan mungkin yang bertuah untuk mendapat tempat di salah satu daripada 48 SBP dan SBP Agama atau di lebih 41 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.
Sekolah berasrama penuh dibangunkan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pernah berkata, antara tujuan utama kerajaan membina SBP adalah memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari luar bandar merasai suasana pembelajaran lebih selesa. Jelas beliau lagi, ia juga lebih terarah terhadap usaha kerajaan menyediakan pendidikan terbaik kepada pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan termasuk anak masyarakat Orang Asli.
Banyak kelebihan yang boleh dinikmati bukan sahaja untuk para remaja itu sendiri. Kepada ibu bapa, ia pasti dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dan juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.
Guru-guru dan kualiti pembelajaran yang baik dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam mencapai cita-cita mereka. Jadual seharian yang ditetapkan oleh pihak sekolah dapat membantu mendisiplinkan pelajar dalam aktiviti seharian mereka. Selain itu ia juga dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan mempunyai asas kendiri yang teguh.
Biarpun banyak kelebihan yang diperoleh daripada sekolah asrama penuh, beberapa faktor perlu dikaji sebelum ibu bapa atau pelajar itu membuat keputusan untuk ke sekolah berasrama penuh.
Apabila ini terjadi, psikologi anak-anak yang masih muda ini akan terganggu. Lebih parah lagi sekiranya ia menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Dalam hal ini, mungkin ibu bapa boleh mempertimbangkan sama ada menghantar anak mereka ke sekolah berasrama semasa Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa umur 12-13 tahun adalah terlalu muda untuk ke sekolah berasrama kerana mereka belum matang dalam membuat keputusan dan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran di persekitaran baru.
Menghantar anak-anak ke asrama seharusnya diiringi dengan kesediaan ibu bapa dan remaja itu sendiri. Ibu bapa harus meneliti akan watak dan keterampilan anak mereka dan juga sekolah terbabit. Kebanyakan ibu bapa pasti mempunyai hujah yang kuat untuk menghantar anak mereka ke asrama, iaitu untuk mendapatkan pendidikan terbaik dan juga sebagai langkah untuk menerapkan disiplin dalam diri anak mereka supaya cara hidup lebih teratur.
Namun di sebalik itu, ia bergantung kepada anak itu sendiri yang akan menentukan kaedah pembelajaran dan budaya seharian. Apa gunanya di sekolah berdisiplin tetapi apabila berada di rumah, mereka tidak dapat mengikuti disiplin tersebut? Disiplin di sekolah mungkin berbentuk luaran, iaitu menjalankan peraturan melalui penguatkuasaan dan disokong dengan penalti atau hukuman sekiranya tidak dipatuhi.
Dalam konteks ini, ia berbalik kepada pendidikan asas dan nilai-nilai diri yang diterima di rumah, iaitu pendidikan oleh ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa harus menyiapkan anak mereka dan membimbing anak-anak mereka untuk hidup berdikari hatta anak mereka tidak dihantar ke sekolah asrama penuh sekali pun. Nilai-nilai murni dan pendidikan agama harus sentiasa diterapkan dalam jiwa remaja. Ini supaya remaja mempunyai pertimbangan dalam menghadapi permasalahan semasa terutama sekali apabila mereka berada di dalam lingkungan rakan-rakan sebaya.
Selain itu. apabila ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah berasrama, ibu bapa haruslah memahami keperluan psikologi anak-anak yang berpisah daripada ibu bapa, keluarga dan keselesaan yang ada tatkala berada di rumah. Anak-anak harus diziarah dan dipantau supaya mereka tidak berasa keseorangan dan mendapat sokongan keluarga.
Pengalaman penulis sendiri apabila berada di sekolah berasrama, sokongan dan doa ibu bapa adalah sangat penting dalam menguatkan semangat untuk terus belajar dan menghadapi kehidupan di asrama. Namun amat menyedihkan apabila ada di kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama semata-mata bagi melepaskan beban kepada pihak sekolah untuk menjaga anak mereka.
Lebih malang lagi sekiranya perbelanjaan anak-anak tidak dijaga atau dikawal. Ibu bapa bukan sahaja berkewajipan untuk menghantar belanja kepada anak-anak mereka, tetapi juga harus menasihatkan anak-anak dalam menguruskan wang yang diterima. Hal ini amat berguna apabila mereka sudah dewasa kelak. Ibu bapa juga harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam apa-apa program yang dijalankan dan tidak begitu ‘memanjakan’ anak-anak mereka dengan menyerahkan segala urusan hanya kepada guru dan warden sahaja.
Di pihak diri remaja pula, seharusnya ada persediaan untuk menghadapi kehidupan baru di sekolah berasrama penuh. Jadual di sekolah tidak sama jika dibandingkan apabila berada di rumah. Peraturan perlu diikuti, masa harus dipatuhi dan perhubungan baik sesama rakan dan guru harus dipelihara.
Remaja perlu menunaikan tanggungjawab dalam menguruskan masa, disiplin belajar, kewangan, dan juga tidak lupa untuk berusaha membentuk keperibadian diri yang utuh. Menyesuaikan diri di tempat baru dan mencari rakan yang baik adalah penting dalam membantu ke arah kecemerlangan diri dan sahsiah.
Remaja dan ibu bapa harus sentiasa berbincang atas permasalahan yang timbul. Perhubungan antara remaja dan keluarga tidak seharusnya menjadi renggang dan kekok. Adalah amat penting bagi remaja untuk selalu berpegang kepada nilai-nilai murni dan tidak membelakangkan nilai-nilai agama dalam menjalani kehidupan seharian.
Pengaruh rakan-rakan harus dipertimbangkan dengan baik supaya tidak terjebak dengan anasir-anasir yang boleh mendatangkan keburukan pada diri mereka dan juga keluarga. Sentiasalah memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Selain itu, kerjasama yang baik antara rakan-rakan dan guru-guru adalah amat penting dalam membantu menyesuaikan diri dan juga untuk mencapai matlamat untuk berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
Golongan ini diharap mampu menjadi pemimpin di masa hadapan dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti. Namun begitu, jika tidak terpilih, ibu bapa dan remaja tidak seharusnya berasa kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke sekolah asrama penuh. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun kita berada.
Kerajaan juga sedang berusaha untuk memperkasakan sekolah harian secara holistik supaya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang. Apatah lagi ramai pelajar yang tidak ke asrama penuh pun berjaya seperti Nur Amalina yang berjaya memperolehi 17A1 dalam peperiksaan SPM beliau sungguhpun bersekolah di sekolah harian biasa.
Apa yang penting adalah kesungguhan pelajar untuk berjaya dan pada masa sama ibu bapa mereka perlu memberi sokongan penuh kepada anak-anak mereka.
Artikel ini ditulis oleh Nurul Izzah Sidek.
Tambahan pula terdapat saudara terdekatnya yang pulang semula ke sekolah harian biasa kerana tidak sesuai dengan persekitaran dan suasana di asrama penuh. Dia menjadi keliru dan serba salah antara keinginan dan cabaran yang akan ditempuhi.
Kelebihan Sekolah Berasrama Penuh
Kita semua pasti teruja dengan berita bahawa 93,000 pelajar memohon masuk ke SBP sedangkan tempat yang tersedia hanya untuk 6,090 orang sahaja. Bilangan itu meliputi 42,029 pelajar calon UPSR yang meraih semua A dalam mata pelajaran yang diambil.Sebanyak 12,320 calon pula adalah daripada semua yang meraih A datangnya dari luar bandar. Adik Anita mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang memohon itu dan mungkin yang bertuah untuk mendapat tempat di salah satu daripada 48 SBP dan SBP Agama atau di lebih 41 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.
Sekolah berasrama penuh dibangunkan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang daripada segi akademik, jasmani dan rohani. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom pernah berkata, antara tujuan utama kerajaan membina SBP adalah memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari luar bandar merasai suasana pembelajaran lebih selesa. Jelas beliau lagi, ia juga lebih terarah terhadap usaha kerajaan menyediakan pendidikan terbaik kepada pelajar cemerlang daripada kalangan keluarga kurang berkemampuan termasuk anak masyarakat Orang Asli.
Banyak kelebihan yang boleh dinikmati bukan sahaja untuk para remaja itu sendiri. Kepada ibu bapa, ia pasti dapat membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dan juga mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan asas yang lengkap.
Guru-guru dan kualiti pembelajaran yang baik dapat membantu pelajar-pelajar ini dalam mencapai cita-cita mereka. Jadual seharian yang ditetapkan oleh pihak sekolah dapat membantu mendisiplinkan pelajar dalam aktiviti seharian mereka. Selain itu ia juga dapat melahirkan pelajar yang berdikari dan mempunyai asas kendiri yang teguh.
Biarpun banyak kelebihan yang diperoleh daripada sekolah asrama penuh, beberapa faktor perlu dikaji sebelum ibu bapa atau pelajar itu membuat keputusan untuk ke sekolah berasrama penuh.
Ke Asrama Atau Tidak?
Para ibu bapa dan anak mereka seharusnya berbincang untuk meneliti kemungkinan dan membuat keputusan dalam hal ini. Ini untuk mengelakkan daripada terjadinya ketidaksediaan remaja untuk ke sekolah asrama penuh.Apabila ini terjadi, psikologi anak-anak yang masih muda ini akan terganggu. Lebih parah lagi sekiranya ia menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Dalam hal ini, mungkin ibu bapa boleh mempertimbangkan sama ada menghantar anak mereka ke sekolah berasrama semasa Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
Terdapat ibu bapa yang berpendapat bahawa umur 12-13 tahun adalah terlalu muda untuk ke sekolah berasrama kerana mereka belum matang dalam membuat keputusan dan untuk menyesuaikan diri dengan cabaran di persekitaran baru.
Menghantar anak-anak ke asrama seharusnya diiringi dengan kesediaan ibu bapa dan remaja itu sendiri. Ibu bapa harus meneliti akan watak dan keterampilan anak mereka dan juga sekolah terbabit. Kebanyakan ibu bapa pasti mempunyai hujah yang kuat untuk menghantar anak mereka ke asrama, iaitu untuk mendapatkan pendidikan terbaik dan juga sebagai langkah untuk menerapkan disiplin dalam diri anak mereka supaya cara hidup lebih teratur.
Namun di sebalik itu, ia bergantung kepada anak itu sendiri yang akan menentukan kaedah pembelajaran dan budaya seharian. Apa gunanya di sekolah berdisiplin tetapi apabila berada di rumah, mereka tidak dapat mengikuti disiplin tersebut? Disiplin di sekolah mungkin berbentuk luaran, iaitu menjalankan peraturan melalui penguatkuasaan dan disokong dengan penalti atau hukuman sekiranya tidak dipatuhi.
Dalam konteks ini, ia berbalik kepada pendidikan asas dan nilai-nilai diri yang diterima di rumah, iaitu pendidikan oleh ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa harus menyiapkan anak mereka dan membimbing anak-anak mereka untuk hidup berdikari hatta anak mereka tidak dihantar ke sekolah asrama penuh sekali pun. Nilai-nilai murni dan pendidikan agama harus sentiasa diterapkan dalam jiwa remaja. Ini supaya remaja mempunyai pertimbangan dalam menghadapi permasalahan semasa terutama sekali apabila mereka berada di dalam lingkungan rakan-rakan sebaya.
Selain itu. apabila ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah berasrama, ibu bapa haruslah memahami keperluan psikologi anak-anak yang berpisah daripada ibu bapa, keluarga dan keselesaan yang ada tatkala berada di rumah. Anak-anak harus diziarah dan dipantau supaya mereka tidak berasa keseorangan dan mendapat sokongan keluarga.
Pengalaman penulis sendiri apabila berada di sekolah berasrama, sokongan dan doa ibu bapa adalah sangat penting dalam menguatkan semangat untuk terus belajar dan menghadapi kehidupan di asrama. Namun amat menyedihkan apabila ada di kalangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama semata-mata bagi melepaskan beban kepada pihak sekolah untuk menjaga anak mereka.
Lebih malang lagi sekiranya perbelanjaan anak-anak tidak dijaga atau dikawal. Ibu bapa bukan sahaja berkewajipan untuk menghantar belanja kepada anak-anak mereka, tetapi juga harus menasihatkan anak-anak dalam menguruskan wang yang diterima. Hal ini amat berguna apabila mereka sudah dewasa kelak. Ibu bapa juga harus bekerjasama dengan pihak sekolah dalam apa-apa program yang dijalankan dan tidak begitu ‘memanjakan’ anak-anak mereka dengan menyerahkan segala urusan hanya kepada guru dan warden sahaja.
Di pihak diri remaja pula, seharusnya ada persediaan untuk menghadapi kehidupan baru di sekolah berasrama penuh. Jadual di sekolah tidak sama jika dibandingkan apabila berada di rumah. Peraturan perlu diikuti, masa harus dipatuhi dan perhubungan baik sesama rakan dan guru harus dipelihara.
Remaja perlu menunaikan tanggungjawab dalam menguruskan masa, disiplin belajar, kewangan, dan juga tidak lupa untuk berusaha membentuk keperibadian diri yang utuh. Menyesuaikan diri di tempat baru dan mencari rakan yang baik adalah penting dalam membantu ke arah kecemerlangan diri dan sahsiah.
Remaja dan ibu bapa harus sentiasa berbincang atas permasalahan yang timbul. Perhubungan antara remaja dan keluarga tidak seharusnya menjadi renggang dan kekok. Adalah amat penting bagi remaja untuk selalu berpegang kepada nilai-nilai murni dan tidak membelakangkan nilai-nilai agama dalam menjalani kehidupan seharian.
Pengaruh rakan-rakan harus dipertimbangkan dengan baik supaya tidak terjebak dengan anasir-anasir yang boleh mendatangkan keburukan pada diri mereka dan juga keluarga. Sentiasalah memohon kepada Allah agar diberikan petunjuk dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Selain itu, kerjasama yang baik antara rakan-rakan dan guru-guru adalah amat penting dalam membantu menyesuaikan diri dan juga untuk mencapai matlamat untuk berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.
Kesimpulan
Sekolah berasrama penuh mendatangkan banyak kebaikan bukan sahaja dalam melahirkan pelajar yang mempunyai akademik yang cemerlang, tetapi juga untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bersedia mendepani cabaran mendatang.Golongan ini diharap mampu menjadi pemimpin di masa hadapan dan menjadi contoh yang baik untuk diikuti. Namun begitu, jika tidak terpilih, ibu bapa dan remaja tidak seharusnya berasa kecewa dan berasa rendah diri dengan rakan-rakan yang berjaya ke sekolah asrama penuh. Usaha mempertingkatkan diri harus sentiasa berjalan walau di mana sekalipun kita berada.
Kerajaan juga sedang berusaha untuk memperkasakan sekolah harian secara holistik supaya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang. Apatah lagi ramai pelajar yang tidak ke asrama penuh pun berjaya seperti Nur Amalina yang berjaya memperolehi 17A1 dalam peperiksaan SPM beliau sungguhpun bersekolah di sekolah harian biasa.
Apa yang penting adalah kesungguhan pelajar untuk berjaya dan pada masa sama ibu bapa mereka perlu memberi sokongan penuh kepada anak-anak mereka.
Artikel ini ditulis oleh Nurul Izzah Sidek.
09 February 2008
Belajar Secara Berkumpulan
Bagaimanakah cara anda belajar, bersendirian atau berkumpulan? Sebenarnya jika mengikut cara yang betul, belajar secara berkumpulan adalah lebih baik daripada bersendirian. Sebaliknya jika gagal mematuhi garis panduan asas, duduk untuk belajar berkumpulan akan merugikan masa sahaja.
Belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Walau bagaimanpun amalan ini perlu dilakukan mengikut garis panduan seperti di bawah agar usaha ini dapat memberi kesan kepada pelajar.

- Pemilihan rakan kumpulan: Sebaik-baiknya jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas perjalanan perbincangan. Ini memberi peluang setiap ahli mengambil bahagian. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.
- Pemilihan topik: Pemilihan topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya sekadar berdiam diri sahaja.
- Persediaan tempat: Kesesuaian tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses belajar. Bilik darjah yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah rakan boleh dijadikan tempat belajar. Malah untuk yang belajar di asrama boleh berkumpul di sekitar sekolah. Apa yang penting ialah menjauhi daripada gangguan kebisingan.
- Pemilihan waktu: Pemilihan waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Walau bagaimanapun dicadangkan ia dilakukan pada hujung minggu memandangkan masanya agak panjang. Agak memadai belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama, perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama diperbincangkan.
- Bahan belajar: Anggota kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan, nota guru, latihan dan lain-lain. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk berbincang.
02 February 2008
Persediaan Belajar Dari Awal
Tahun 2008 telah pun sebulan berlalu dan masa makin singkat bagi yang akan menghadapi SPM dan PMR hujung tahun ini. Sebenarnya persiapan awal tahun boleh menjadikan kita pelajar yang cemerlang apabila tiba peperiksaan besar pada akhir tahun.
Persiapan seawal mungkin penting untuk memulakan proses belajar. Tanpa persiapan yang baik, boleh menjadikan kita malas belajar. Hal ini akan merugikan kita sendiri kerana sifat malas akan menjejaskan penumpuan belajar serta mudah terjerumus dalam gejala ponteng sekolah.
Di antara persiapan untuk belajar terutamanya di awal tahun ini bolehlah diringkaskan seperti berikut;

- Kekemasan diri. Pastikan kekemasan diri seperti kekemasan rambut, baju dan pakaian dalam keadaan yang sempurna. Elakkan daripada berambut panjang atau berpakaian selekeh kerana ini mengurangkan semangat untuk belajar.
- Alatan sekolah. Buku, alat tulis dan buku nota yang sesuai harus disediakan supaya kita dapat mengikuti pelajaran daripada guru tanpa gangguan.
- Disiplin diri. Setiap pelajar perlu mempunyai disiplin diri seperti rajin datang ke sekolah, belajar dengan tekun serta menghindari segala perbuatan yang melanggari tatasusila atau peraturan sekolah. Disiplin diri penting kerana dapat melatih diri kita supaya lebih bertanggungjawab serta mampu menumpukan perhatian ketika belajar.
- Keazaman diri. Kita sebagai pelajar perlu mempunyai keazaman diri iaitu semangat untuk belajar. Hal ini adalah penting kerana selain daripada semangat yang diberikan oleh guru atau ibu bapa, semangat juga harus dipupuk daripada dalam diri sendiri. Seseorang pelajar yang bersemangat mampu menempuh segala cabaran dengan penuh kesabaran. Manakala pelajar yang tidak bersemangat mudah kecewa serta cepat menyerah kalah ketika berhadapan dengan cabaran.
27 January 2008
Cerita Di Asrama
Tahun 2008 telah masuk hampir sebulan, tahun ini aku akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan ini bermakna sudah empat tahun aku belajar di sekolah asrama. Tahun ini masuk tahun yang kelima. Baru hari tu pelajar2 tingkatan satu baru mendaftarkan diri. Melihat mereka membuat aku teringat kembali masa aku sendiri mula2 masuk di sini.
Masa itu macam2 rasa ada, gembira, seronok, bimbang dan risau juga tidak lupa semangat untuk belajar bersungguh2. Tapi aku boleh dikatakan bernasib baik kerana tidak mengalami peristiwa buruk sebagaimana yang dialami oleh beberapa orang rakan satu batch aku. Dari form 1 sampai form 4 ada lebih 15 orang kawan2 aku yang minta tukar sekolah dan ada juga yang dibuang sekolah.
Belajar di sekolah asrama ini sememangnya ada baik dan buruknya tapi bagi aku yang baik lebih banyak. Apa yang penting macamana kita membawa diri kita dan dengan siapa kita berkawan rapat. Di sini kita berkumpul dengan semua yang pandai2 maklumlah semua dapat 5A masa UPSR dulu. Masa PMR pula hampir semua dapat samada 9A, 8A atau 7A, kira bijak2 budak2 yang belajar di asrama ni.
Walaupun begitu pandai tak semestinya kami bebas daripada tidak melakukan kesalahan. Bila dah bijak tu otak pun lebih panjang untuk berfikir untuk berbuat sesuatu. Sebut sahaja masalah disiplin pelajar sekolah sekarang, semuanya ada di sekolah aku. Merokok, mencuri, memukul, bergaduh, keluar asrama tanpa kebenaran (fly), couple, jambu, beromen dan homoseks semuanya ada.
Ada di antaranya aku ada cerita dalam blog ini dan ada yang aku belum cerita lagi. Tengoklah nanti bila2 aku ada kelapangan aku akan menulis tentang lebih banyak pengalaman aku dan kawan2 aku di asrama ni. Jika pembaca yang ada pengalaman semasa belajar di sekolah berasrama penuh mungkin boleh juga dikongsi bersama dengan menghantar emel kepada aku di matsbp(at)gmail(dot)com.

26 January 2008
Universiti Asmara
Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi, antara penempatan yang menjadi tumpuan penduduk Melayu di Kuala Lumpur. Hasil pembangunan pesat, kedua-dua kawasan ini dipenuhi rumah pangsa dan kondominium yang sebahagian daripadanya disewa oleh penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Mereka tinggal menyewa beramai-ramai dan berkongsi kenderaan ke kuliah. Oleh kerana ibu bapa jauh di kampung, mereka bebas bergaul hingga ada yang terbabas kepada gejala sosial dan moral.
Masih ingat lagi insiden berasmara di tangga rumah pangsa? Di situlah kejadian ini berlaku. Malah, bukan kes itu saja, banyak lagi kes penuntut universiti berasmara di kawasan itu dilaporkan sebelum ini.
Topik Universiti Asmara ini dibincangkan dalam Keluarga Di 9 (KD9) pada Rabu lalu bersama pengacara Benjy dan tetamu termasuk Pengetua Pusat Perlindungan Remaja, Kem Bina Insan (Kewaja), Yahaya Mohamed dan Ketua Biro Ikhtisas Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Nur Izura Udzir. Turut menjadi tamu ialah pemimpin pelajar, Mohd Zaid Mohd Idrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia UKM).
“Tak dapat tinggal di kolej atau asrama, mereka memilih untuk tinggal di Universiti Asmara!,” kata Benjy.
Kisah Zara (bukan nama sebenar) menyedarkan banyak pihak mengenai kelonggaran akhlak remaja walaupun mempunyai pencapaian akademik membanggakan.
Zara berasal dari negeri pantai timur dan mengikuti pengajian kejuruteraan, tetapi disebabkan cinta yang berkobar-kobar, sanggup menyerahkan maruah diri kepada lelaki yang dicintainya.
“Cinta kami dihalang oleh ibu bapa saya kerana mahu saya menghabiskan pengajian dahulu walaupun ibu bapa lelaki itu bersetuju saya berkahwin dengannya,” kata Zara kepada wartawan KD9, Sharifah Nur Syed Ali yang menemuinya di Rumah Kewaja.
Zara kini hamil lapan bulan hasil perhubungan intimnya dengan teman lelaki yang kini tidak dapat dihubungi lagi.
Zara berkata, mereka bebas bergaul kerana dia belajar di IPT yang jauh dari kampung halaman. Apabila ibu bapanya mengetahui nasib anak mereka, Zara dihantar ke Kewaja untuk melahirkan bayi yang kemudian akan diserahkan kepada keluarga angkat.
Di Kewaja, rumah perlindungan yang dikendalikan Yahaya dan isterinya, Ruzitah Baharum, Zara dan remaja lain yang hamil daripada perhubungan luar nikah dilatih menguruskan diri dan menjalani sesi kaunseling bagi membantu mereka kembali ke jalan yang benar serta meneruskan kehidupan selepas melahirkan anak.
Bagi Zara, pengajaran daripada episod pahit dalam hidupnya ini akan dijadikan pedoman pada masa depan.
Sementara itu, seorang lagi remaja senasib, Intan (bukan nama sebenar) hamil selepas sebulan berkenalan dengan seorang lelaki ketika dia menuntut di sebuah politeknik di utara tanah air.
“Sejak awal berkenalan lagi, dia memang banyak kali mencuba untuk melakukan hubungan seksual, tetapi saya tidak benarkan. Bagaimanapun, pada satu malam, saya tidak sedar dia memasukkan pil khayal ke dalam makanan saya.
“Dalam keadaan separuh sedar, saya mendapati dia membawa saya ke rumahnya dan apabila saya sedar keesokan harinya, semuanya sudah terlambat,” katanya ketika ditemui di Kewaja.
Yahaya berkata, sejak beroperasi pada 2003, lebih 100 penuntut wanita IPT yang hamil luar nikah datang mendapatkan perlindungan di Kewaja.
“Kemunculan remaja hamil luar nikah di rumah Kewaja boleh dikatakan ‘bermusim’. Apabila ada perayaan, misalnya, tahun baru seperti baru-baru ini, beberapa bulan akan datang datanglah mereka ini,” katanya.
Katanya, satu punca gejala ini ialah kejutan budaya penuntut yang datang dari luar bandar. Daripada persekitaran terkongkong, mereka yang mendapat kebebasan secara tiba-tiba apabila memasuki IPT dan tinggal beramai-ramai di rumah sewa, mudah dipengaruhi fenomena cinta kampus.
Apabila terlanjur, ramai yang memilih jalan mudah dengan menggugurkan anak secara haram atau membuang bayi.
Selain mendedahkan gejala ini, KD9 mengupas isu kekosongan jiwa remaja yang tiada pengisian positif ketika mereka menuntut di IPT.
Ini berbeza dengan era 80-an yang mana ramai anak muda dipacu oleh perjuangan dan ideologi menerusi pertubuhan seperti Abim dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Satu masa dulu, lagu perjuangan seperti ‘Anak Kecil Main Api’ membakar semangat anak muda termasuk pemimpin pelajar di IPT untuk berjuang demi bangsa dan agama. “Anak muda kini seolah-olah tiada perjuangan, tiada haluan. Sebab itu ramai lebih suka merempit dan terbabit dengan gejala moral yang membimbangkan. Di manakah Abim dalam kemelut sosial ini?” kata Benjy ketika mengajukan soalan kepada Dr Nur Izura.
Dr Nur Izura berkata, Abim masih giat menjalankan pelbagai program pembangunan ummah walaupun kian kurang mendapat pendedahan media.
Katanya, jika diberi ruang yang lebih terutama di IPTA dan IPTS, Abim bersedia mengadakan kegiatan pengisian jiwa dan minda remaja.
Sumber: Berita Harian

22 January 2008
Jaguh Ragbi, Cemerlang Akademik
Oleh Ruhaiza Rusmin
USIA kelab ragbi Sekolah Berasrama Intergrasi Gombak (SBIG), Selangor masih baru namun, kejayaan dicapai cukup membanggakan sekali gus membuka mata pihak lawan.
Walau pun hanya ditubuhkan empat tahun lalu, kemampuannya menundukkan pihak lawan selain beraksi di peringkat antarabangsa sangat mengagumkan.
Kejayaan itu hasil kesungguhan dan komitmen pemainnya yang sentiasa berusaha serta berlatih keras di samping sokongan padu sekolah.
Guru penasihat kelab berkenaan, Suharman Husin, berkata usia penubuhan yang masih baru bukan halangan kepada pemain menunjukkan kemampuan.
Menurutnya, walau pun terpaksa berdepan dengan pihak lawan yang berpengalaman, pemain tidak pernah gentar malah berusaha menunjukkan mutu permainan terbaik.
“Kalau dilihat pada usia, memang kelab ini masih terlalu hijau, namun itu bukan masalah utama pemain menunjukkan persembahan. Yang penting kemahuan tinggi untuk bermain dan berlawan.
“Kalah atau menang itu bukan soalnya. Kami tidak pernah menjadikan usia sebagai sandaran, malah itu juga satu kelebihan kerana pemain tidak akan tertekan dan boleh bermain dengan 'relaks'.
“Bermula daripada kelab tidak dikenali, nama kami meniti dan digeruni di kalangan lawan. Pencapaian itu pasti membanggakan dan menaikkan lagi semangat pemain,” katanya.
Sebagai mekanisme memperbaiki kemahiran, pemain berlatih setiap hari dengan tunjuk ajar jurulatih berpengalaman. Menjalani latihan tanpa jemu, akhirnya memberi kelebihan kelab ini menuai hasil dengan barisan pencapaian mengagumkan.
Antaranya johan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Bawah 15 tahun, naib johan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) kategori sama, johan MSSN bawah 16 tahun serta terpilih antara lima pasukan sekolah terbaik menyertai jemputan Kejohanan Ragbi Jemputan Antarabangsa ( Cobra) tahun lalu.
Mengenai kejayaan itu, Suharman berkata, terasnya melalui penerapan disiplin tinggi pemain serta minat ditunjukkan sewaktu pemilihan. Pemain mendapat suntikan semangat daripada pelbagai pihak khususnya ibu bapa yang percaya kokurikulum juga mampu menyumbang kelebihan dalam pembentukan jati diri.
“Asas disiplin adalah paling utama ditekankan selain minat menyertai kelab ini dan ia menjadi kriteria utama ditekankan sewaktu pemilihan dibuat. Manakala faktor fizikal bukanlah satu kemestian.
“Sama ada fizikal besar atau kecil itu bukan ukuran kerana setiap posisi ada kelebihannya. Yang utama disiplin sebab kalau tidak, kejayaan seperti hari ini tidak mampu dicapai.
“Usia masih baru, pengalaman juga kurang tapi kami berbangga, dengan semangat yang ditunjukkan, mampu melepasi segala halangan hingga sampai tahap ini,” katanya.
Biar pun aktif menjalani latihan setiap hari, tumpuan pemain terhadap akademik juga dititik beratkan. Pemain yang gagal menunjukkan pencapaian akademik baik, tidak akan diberi peluang menyertai pertandingan.
“Syarat utama ialah perlu tunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik. Kami tidak mahu, kerana asyik bermain mereka melupakan pelajaran.
“Jika pencapaian akademik tidak memuaskan, tiada peluang menyertai mana-mana pertandingan. Itu juga sebagai satu hukuman berbentuk psikologi.
“Pemain tahu tanggungjawab itu, walaupun terpaksa menjalani latihan, penumpuan akademik tetap diutamakan dan pencapaian akademik mereka cemerlang dan konsisten,” katanya.
NAMA SEKOLAH: Sekolah Berasrama Intergrasi Gombak, Selangor
TARIKH DITUBUHKAN: 2003
PENGETUA: Norlia Mohd Suhaili
BILANGAN GURU: 66 orang
BILANGAN PELAJAR: 620 orang
KELAB: Ragbi
GURU PENASIHAT: Suharman Husin
TARIKH DITUBUHKAN: 2003
BILANGAN AHLI: 40 orang
Sumber: Harian Metro

27 December 2007
PMR 2007
Keputusan PMR diumumkan hari ini, berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh BERNAMA;
PUTRAJAYA, Dec 27 (Bernama) -- A total of 27,668 or 5.9 per cent of the 469,401 students who sat for the Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination last year obtained Grade A in all the subjects they took, compared with 4.5 per cent last year and 4.9 per cent in 2005.
Director-General of Education Datuk Alimuddin Mohd Dom, who announced the analysis of the results Thursday, said this showed that the national education system had succeeded in producing more outstanding students.
"This is in line with the government's aspiration to produce more first-class human capital through education," he said.
Alimuddin said 559 candidates obtained Grade E, denoting that they have not achieved the minimum level, in all subjects compared with 524 last year and 569 in 2005.
"This figure is very small compared with the total number of outstanding candidates," he said.
Of the 968 disabled students who sat for the examination, five obtained Grade A and 23, Grade E.
Alimuddin said that in terms of command of language skills, 83.1 per cent of the candidates obtained grades Grade A, B, C and D compared with 82.3 per cent in 2006 and 83.5 per cent in 2005.
"On average, the percentage of students who obtained Grade A in language skills was 21.0 per cent compared with 19.5 per cent in 2006 and 20.1 per cent in 2005," he said.
On Mathematics, he said the percentage of students who obtained grades A, B, C and D rose to 87.0 per cent from 82.8 per cent last year.
A total of 25.5 per cent obtained Grade A in the subject compared with 22.3 per cent last year while those who obtained Grade E dropped to 13.0 per cent, from 17.2 per cent last year.
The percentage of students who mastered scientific skills in the PMR was stable at 89.1 per cent, from 90.2 per cent last year, while 17 per cent obtained Grade A, up from 16 per cent last year.
A total of 10.9 per cent obtained Grade E compared with 9.8 per cent last year.
Alimuddin said this showed that the teaching and learning of science and mathematics in English did not affect the students' command of the two subjects and was in fact beneficial to them.
On the performance between the urban and rural areas in Mathematics and Science, he said although there was a difference overall, the gap was narrowing, especially for Mathematics.
He said urban candidates achieved 88.2 per cent this year compared with 84.5 per cent last year while in the rural areas, the success rates were 84.5 per this year and 79.2 per cent last year.
For Science, he said, the data showed that there was no discernable difference between the performance of students in the two areas this year with 89.4 per cent passes in the urban areas and 88.2 per cent in the rural areas.

18 November 2007
Cuti Sekolah
Akhirnya persekolahan untuk tahun ini sudah pun sampai kepenghujungnya. Aku pun sudah selamat sampai ke rumah meninggalkan sementara sekolah berasrama penuh sebelum bersambung semula pada tahun hadapan. Ketika yang lain seronok dapat pulang ke rumah, para pelajar tingkatan 5 sedang sibuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu para pelajar Tahun 6 baru sahaja menerima keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Tentu ada di kalangan mereka yang mendapat 5A bercita-cita untuk masuk belajar di sekolah berasrama penuh. Tidak kurang juga ibubapa yang mengharapkan anak mereka berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh.
Walaupun apapun jika nanti terpilih masuk belajar di mana-mana sekolah berasrama penuh, janganlah mempersia-siakan peluang itu. Apa saja cerita yang dibaca atau didengar tentang kejadian yang berlaku di sekolah berasrama penuh janganlah dijadikan alasan untuk menolak tawaran yang diberikan.
Aku sekarang nak merehatkan minda dan badan setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun ini. Walaupun begitu aku pasti tidaklah berehat sepenuhnya sepanjang cuti sekolah ini sebab peperiksaan SPM 2008 akan menjelma.

15 October 2007
Selamat Hari Raya
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan memohon maaf zahir batin kepada semua pembaca blog aku ini.
Kami yang belajar di sekolah berasrama penuh seronok dapat balik kampung berhari raya. Perasaan ini tentu tidak dapat dirasai oleh mereka yang belajar di sekolah harian.

Subscribe to:
Posts (Atom)