Persiapan seawal mungkin penting untuk memulakan proses belajar. Tanpa persiapan yang baik, boleh menjadikan kita malas belajar. Hal ini akan merugikan kita sendiri kerana sifat malas akan menjejaskan penumpuan belajar serta mudah terjerumus dalam gejala ponteng sekolah.
Di antara persiapan untuk belajar terutamanya di awal tahun ini bolehlah diringkaskan seperti berikut;
- Kekemasan diri. Pastikan kekemasan diri seperti kekemasan rambut, baju dan pakaian dalam keadaan yang sempurna. Elakkan daripada berambut panjang atau berpakaian selekeh kerana ini mengurangkan semangat untuk belajar.
- Alatan sekolah. Buku, alat tulis dan buku nota yang sesuai harus disediakan supaya kita dapat mengikuti pelajaran daripada guru tanpa gangguan.
- Disiplin diri. Setiap pelajar perlu mempunyai disiplin diri seperti rajin datang ke sekolah, belajar dengan tekun serta menghindari segala perbuatan yang melanggari tatasusila atau peraturan sekolah. Disiplin diri penting kerana dapat melatih diri kita supaya lebih bertanggungjawab serta mampu menumpukan perhatian ketika belajar.
- Keazaman diri. Kita sebagai pelajar perlu mempunyai keazaman diri iaitu semangat untuk belajar. Hal ini adalah penting kerana selain daripada semangat yang diberikan oleh guru atau ibu bapa, semangat juga harus dipupuk daripada dalam diri sendiri. Seseorang pelajar yang bersemangat mampu menempuh segala cabaran dengan penuh kesabaran. Manakala pelajar yang tidak bersemangat mudah kecewa serta cepat menyerah kalah ketika berhadapan dengan cabaran.
No comments:
Post a Comment