Dari aspek kepemimpinan, TKC memupuk barisan pelapis menerusi pelbagai persatuan, kelab dan kemuncaknya pemilihan pemimpin tertinggi yang memerlukan pilihan raya kecil peringkat kolej berkenaan.
Pada pilihan raya kecil diadakan Ogos setiap tahun, pelajar Tingkatan Empat akan mengambil alih teraju kepemimpinan pelajar sekolah menggantikan senior mereka di Tingkatan lima yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jika sebelum ini proses pemilihan hanya melalui cadangan, ucapan umum dan undian rahsia seperti pilihan raya sebenar, bermula tahun ini, senarai calon bakal menjawat ketua pelajar, timbalan dan sebagainya disenarai pendek untuk ditemu ramah wakil guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Persatuan Pelajar Tua.
Temu ramah seumpama adalah yang pertama dijalankan untuk pemilihan pemimpin peringkat sekolah di negara ini. Pelaksanaannya dibuat selepas Pengetua TKC, Che Kamaliah Endud, mendapat idea ketika melawat dua sekolah di London bersama pengetua sekolah kluster, Februari lalu.
Selain di sekolah, Che Kamaliah berkata, pelajar TKC juga dilatih berfikir menjadi pemimpin peringkat antarabangsa dengan menganjurkan Forum Unesco yang memerlukan pelajar memainkan peranan sebagai wakil negara anggota pertubuhan itu.
Mereka membincang dan menghujahkan isu global yang memerlukan banyak kajian persediaan dilakukan terhadap kerajaan negara diwakili.
Tahun ini, katanya, banyak aktiviti pelajar kolej itu dilaksana membabitkan ketiga-tiga kebitaraan, antaranya menerima kunjungan duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie dan isterinya, Yoko Horie serta dua sekolah dari Jepun dan Korea Selatan.
“TKC sering menerima kunjungan sekolah angkat kami seperti Akashi Nishi Senior High School , Hyugo, Jepun; Raffles Girls College, Singapura.
“Begitu juga beberapa sekolah lain antaranya Seoul National University Girls High School, Korea Selatan serta dari Indonesia dan Thailand menerusi program pengantarabangsaan dan pertukaran budaya.
“Pelajar kami akan berbahasa Jepun ketika lawatan Akashi Nishi High School kerana ia bahasa ketiga paling aktif di kolej ini, selain bahasa Perancis dan Arab. Selain itu, kami juga mengadakan perhimpunan dalam bahasa ketiga setiap Jumaat secara bergilir,” katanya.
Dalam bidang R&D pula, Che Kamaliah berkata, pelajar TKC berjaya menghasilkan ubat pencegah ulser perut menggunakan akar pokok kadok, yang turut memenangi pertandingan Inovasi Sains peringkat kebangsaan pada 2007 dan ketiga kategori berkumpulan Pertandingan Kejuruteraan Sains Antarabangsa Intel di Atlanta, Amerika Syarikat.
“Kami juga banyak memenangi pertandingan lain sama ada peringkat negeri mahupun kebangsaan, antaranya mereka laman web bertajuk Penyu; Spesies yang Terancam anjuran Think.com, Formula 1 dan perangkap tikus tanpa menggunakan umpan.
“R&D menjadi ‘darah daging’ dalam setiap aktiviti dijalankan di kolej ini. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pula dianggap seperti pen dan kertas kerana sebelum sesuatu aktiviti dijalankan pelajar akan membuat kajian, kemudian dipersembahkan menggunakan ICT,” katanya.
Selain kecemerlangan akademik, beliau berkata, kokurikulum pelajar kolej itu juga diberi penekanan dan pencapaian setakat ini membanggakan.
Dengan pelbagai kecemerlangan itu, tidak hairanlah jika TKC mampu melahirkan ramai pemimpin wanita berwibawa, antaranya Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalill, Puan Seri Fauzah Mohd Darus, Datuk Dr Mazlan Othman, Datin Paduka Marina Mahathir, Datuk Rafiah Salim, Datuk Prof Dr Nik Safiah Karim, Datuk Dr Norlaily Abu Bakar, Datuk Ilani Ishak dan Prof Dr Adibah Kamarulzaman.
Info Kolej Tunku Kurshiah
- Nama asalnya Malay Girls College ditubuhkan pada 1947 yang terkenal dengan penguasaan bahasa Inggerisnya, adalah sekolah berasrama penuh pertama khusus untuk perempuan dan kedua tertua di negara ini.
- Terkenal dengan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang disertai pelajar sama ada secara individu atau berkumpulan.
- Menukar nama kepada TKC sempena nama Raja Permaisuri Agong pertama, Almarhum Tunku Puan Besar Kurshiah selepas berpindah dari kampus asalnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, ke Seremban pada 1962.
- Dipilih sebagai sekolah berasrama penuh terbaik kokurikulum untuk tempoh lima tahun berturut-turut hingga 2007.
- Sekolah nombor satu dalam keputusan PMR 2007 dengan tiga subjek semua A iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
nice school....maybe next year i will be goin to this school!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletei`m in this school
ReplyDeleteim very proud to be tkcians
ReplyDeleteonce a tkcian, always a tkcian
ReplyDeletetkc is the bestest of the best school............
ReplyDeletesaser,intergomb,asis bkl merobek tembok tkc tuh
ReplyDeleteI wuz ere
ReplyDelete