Pertandingan Pidato Piala Di Raja peringkat kebangsaan telah disempurnakan pada 14 Ogos 2008. Walaupun pertandingan kali ini tidak dibiayai melalui peruntukan sambutan kemerdekaan negara, namun acara tersebut diteruskan kerana pertandingan-pertandingan di peringkat daerah dan negeri telah dilaksanakan, dan dalam masa yang sama persediaan pertandingan di peringkat kebangsaan telah pun dilakukan. Kementerian Pelajaran melaksanakan pertandingan ini dengan mengguna peruntukan sedia ada.
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong telah berangkat menyaksikan pertandingan. YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran danYB Dato’ Shafie Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Bulan Kemerdekaan, turut hadir di majlis pertandingan. Kali ini pertandingan telah menampilkan kehebatan muriddari Maktab Tentera DiRaja, adik Arif Azali bin Azman yang muncul johan bagi kategori sekolah menengah, dan SK Sungai Binjai, Meru, Klang, adik Aireena Yasmin bt. Adeli, johan bagi kategori sekolah rendah.
Seramai 32 orang murid telah layak bertanding di peringkat kebangsaan. Pertandingan di pusingan separuh akhir telah diadakan pada 11 Ogos 2008 di Hotel Empress, Sepang, Selangor. 3 peserta terbaik dari setiap kategori sekolah menengah dan rendah bertanding di pusingan akhir.
Saya pun rasa terpanggil utk menulis. Saya juga adalah bekas belajar SBP (SBP Agama) di negara ni. Dah lama juga meninggalkan sekolah...rasanya dah 15-16 tahun yg lalu. Secara ringkas kehidupan di SBP dulu dan sekarang rasanya byk bezanya. Sekarang sudah moden. Byk kelengkapan serta kemudahan baru yg dulu takde seperti internet, Pusat Sumber, kompleks sukan, dorm serta asrama baru dan kemudahan lain spt dobi,cafe, kantin dsb. Walaubagaimanapun nilai serta konsep SBP itu sebenarnya yg dipertahankan dan diteruskan. SBP mengajar dan melatih kita menjadi seorang manusia yang lebih matang , berdikari dan kuat jatidiri. Dalam usia semuda 13 tahun (Form 1) kita sudah diajar utk membasuh baju dan menguruskan pakaian serta kelengkapan diri sendiri. Dari segi pembelajaran pula segalanya perlu belajar sendiri. Hanya kawan-kawan buat teman berbincang, tiada lagi ibu dan ayah. Walaupun kehidupan mungkin agak perit tapi saya berjaya juga menghabiskan 5 tahun hidup di SBP. Pernah juga beberapa kali hendak keluar sekolah , bersekolah di sekolah harian biasa tetapi berkat keazaman dan kekuatan yg diberikan tuhan saya berjaya menghabiskan sehingga SPM. Pengalaman dibuli dan diragging senior tu biasa. Tapi saya tidak meneruskan amalan itu ketika saya senior kerana merasakan ianya tidak sesuai. Tetapi sebenarnya ragging itulah yg secara x langsung "mendekatkan" kita dgn senior. Sekarang bila semua dah dewasa bila saya jumpa balik senior2 yg ragging saya...diorag pun tergelak besar dan ada yg mengakui kesalahan mereka. Itulah antara secebis pengalaman dan kisah saya di SBP. Semoga kalian dpt meneruskan kecemerlangan dlm membina bangsa, agama dan negara.
ReplyDeleteM.S Nizam
Kuala Lumpur