Penubuhan Sekolah Taman Ilmu dan Budi (Setiabudi) bermatlamat melahirkan ilmuwan berketrampilan serta berakhlak mulia melalui proses pembelajaran bersepadu, menyeluruh dan berterusan.
Dengan teras keyakinan ilmu diseimbangkan dengan keperluan akademik dan sahsiah diri, Sekolah Setiabudi di Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur pilihan terbaik bagi ibu bapa yang mementingkan keperluan keduanya.
Sekolah berkenaan yang menawarkan peringkat pendidikan rendah dan menengah dimiliki sepenuhnya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kurikulumnya dipantau Lembaga Pengajian (Board of Studies).
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar IIUM Education Sdn Bhd, Hafiz Ahmed Patwari, berkata penubuhan sekolah itu bertujuan mengimbangi tuntutan akademik tanpa mengetepikan pembentukan modal insan dengan akhlak mulia.
Menurutnya, ia sejajar hasrat mewujudkan pelajar yang memiliki sahsiah seimbang dari segi intelek, rohani dan emosi selain membentuk generasi muslim komited, progresif, dinamik dan unggul.
“Ciri-ciri ini matlamat utama Sekolah Setiabudi membentuk pelajar menjadi insan yang berkualiti, berwawasan dan berdaya saing.
“Penekanan terhadap ilmu dan akhlak serta keperluan lain seperti aspek keagamaan sangat dititik beratkan kerana mahu melahirkan generasi profesional dan berkualiti,” katanya.
Setiabudi Rendah menjadi pusat sehenti kepada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka belajar Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Waktu pembelajarannya bermula jam 8 pagi hingga 4 petang. Oleh itu, pelajar tidak perlu lagi pulang ke rumah menukar pakaian dan ke sekolah petang untuk belajar agama.
Setiabudi turut menawarkan subjek tambahan seperti SOEP (Setiabudi Oral English Programme) yang menitikberatkan pertuturan dalam bahasa Inggeris, kelas tahfiz, kelas renang dan seni mempertahankan diri.
Bagi memastikan pendidikan berkualiti, pihak sekolah memilih ISO sebagai satu cara untuk memantau proses pembelajaran dan pengajarannya yang efektif. Sekolah ini mendapat sijil ISO sejak 2003.
Di samping penekanan kurikulum dan proses pembelajaran dan pengajaran, kepentingan mengadakan kemudahan yang selesa kepada pelajar juga diambil kira.
Antara kemudahan istimewa disediakan ialah semua kelas berhawa dingin, kolam renang tertutup, kemudahan asrama selesa dengan aktiviti menarik, makmal kemahiran hidup, biologi, kimia, komputer serba lengkap, dewan serba guna yang besar, padang bola sepak serta dewan bola keranjang tertutup.
Manakala Setiabudi Menengah menggunakan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Bagi pelajar tingkatan empat dan lima pula, mereka berpeluang mengikuti aliran Sains Tulen, Perakaunan dan Agama.
Mengenai pembayaran, Setiabudi menawarkan tiga cara pembayaran yang tidak membebankan ibu bapa iaitu setiap tiga bulan, enam bulan atau setahun sekali.
“Cara ini bagi mengurang bebanan ibu bapa membuat pembayaran selain memberi peluang anak memperoleh pendidikan seimbang dan berkualiti.
“Kita menyediakan tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih sekali gus menyumbang kepada pembentukan modul pendidikan terbaik diterapkan,” katanya.
Selain Sekolah Setiabudi, ia turut menawarkan sistem pendidikan antarabangsa menerusi International Islamic School (ISS) peringkat rendah dan menengah menggunakan silibus dari Cambridge University.
IIUM Montessori pula dibangun menggunakan pendekatan montessori berintegrasikan nilai-nilai Islam dan terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.
Maklumat lanjut mengenai Sekolah Setiabudi boleh melayari laman web www.setiabudi.edu.my atau menelefon talian 03-6188 4400.
Sekolah setia budi???? hampeh. Harap nama dan statusnya, tapi kalau tentang kualiti OUT. guru-guru yang mengajar kat situ semua muda-muda, langsung tak ada pengalaman. Masa mula-mula dulu ada gak beberapa orang yang berpengalaman, tapi mereka belah semua. Dengar citer mereka tak puas ati dengan cikgu besor dia, cikgu Kahar yang tah apa-apa tu. Si Shamsul Kahar pun satu, terlalu ,mengagungkan bahasa omputih, tapi admin hancur lebur.
ReplyDeleteIts not about mengagongkan the English language or what , its about their future , u like it or not , English is a must known language. u travel to other country & meet people from all around the world they didn't speak their own language. They will speak in English to each other. Went the students end their high school the have to move to university & all university are using English language not in malay. I very disappointed with the education government that they change all the science,math,geography & anything else from English to Bahasa at certain school because from that it will make students didn't feel comfortable to speak in English anymore
Deleteaku sekolah situ dpt je semua A
DeleteAdik nurul ain. Untie nak tya ok ke kalau untie hantar anak masuk form 3 ke sana? Now dia belajar SMKebangsaan biasa. Sama ke pembelajaran di sana? Bagaimana persekitaran asrama di sana?
Deletekurang setuju dengan pn.norlida...
ReplyDeleteguru berpengalaman tak semestinya bagus. guru muda tak semestinya tiada akal.
rekod upsr sek rendah setiabudi adalah yang terbaik dikalangan sekolah rendah swasta. tak percaya boleh tanya cikgu kahar sendiri.
dari gambar pn.norlida ni nampak pakai tudung labuh. orang tudung labuh ni biasanya orang baik2. orang baik2 selalunya akan teliti setiap berita yang didengarnya dahulu. setakat dengar citer, kemudian nak ulas, baik tak payahlah pn.norlida. jagalah anak puan tu baik2.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteCikgu-cikgu bukan penyumbang 100% kejayaan anak murid.. cikgu facilitate, support and motivate, ibu bapa plak sambung di rumah... yang lain terpulang kepada anak murid! Yang mahu, akan berusaha, yang tak berapa nak mahu akan beralasan!
Pernah train zapin budak-budak setia budi, boleh tahan nakal, biasalah budak-budak! Hehehe Tapi terharu budaya salam cium tangan guru-guru oleh anak murid.
Entry you bagus-bagus lah... dewasanya!
SUKE ATI KORUNK LAR NK CKP PAPE! SEDARE AKU SKOLAH SITU OK JEK!
ReplyDeleteokay ke sek ni ek? nak gi interview jd cikgu...dulu kat sek. sri dot dot dot..nama gah..tp cikgu dia pun qualification ntah ape2..walaupun gitu, patutnya hantar lah training ke hapa..tak jugak..syllabus takde..develop sendri...ppl will think sek ni gah gille....tp hakikatnya...yg heran tu sanggup parents bayo berpuluh ribu semata2 nak anak2 msk sek. elit..anak2 hampeh..parents lagilah big time hampeh! mereka mcm raja...sikit tak btl, amek tindakan..diorang tak tahu anak2 kat sekolah mcm hazab! tapi yg lg. sedihnya, cikgu2 langsung tak dihargai..martabat lg rendah dr cleaner/makcik kantin...org plg atas sungguh takabbur sombong...hari guru takde sambutan..n dont even dare to mention abt it....harap2 sek. yg Islamic mcm ni much much better...
ReplyDeleteSekolah Setiabudi bagus. Anak saya 2 org sekolah kat sini. Alhamdulillah dua2 result bagus. Sekolah rendah dan sekolah men dia bagus. Jgn dengar cakap org...org melayu ni lebih ramai yang menjatuhkan daripada yang beri sokongan. Kadang tu dengar cakap org je pun dah boleh percaya bulat2 kata sekolah tak elok.
DeleteHantar anak ke sek setiabudi ibarat anda hantar anak ke sek men dan sek agama. 2 sek dikumpulkan dalam 1 bangunan...belajar sekali harung dua2 tu tapi exam ada 2. So lulus sekolah rendah dgn 2 sijil, UPSR dan PSRA. Waktu persekolahan 8am-4pm. Kalau tahun 6 balik lewat sikit sbb ada kelas tambahan. Anak2 saya tak tuisyen luar, semua cikgu2 yang uruskan. Alhamdulillah saya puas hati.
setiabudi..stu nama yang cukup hebat..sya pernah mengajar sana..suasana dan kemudahan yang baik...semuanya ada...stu pengalaman yang paling gembira sbb budak2 nya memang berbudi...cikgu kahar pun the best principle...kerja yang berdisiplin...mana2 pu ada yg xsmpurna
ReplyDeleteerm..
ReplyDeletesalam semua.
sy cuma meninjau ape sekolah menengah swasta yg ade..
sy pelajar uitm..
ape syarat2 yg dikenakan klu mahu melanjutkan pelajaran di sekolah ini?
yea yea ! saie otw na msokk skola tuhh , ahad ne kne gy ostel :D bes kann skola tuhh ? HAHA
ReplyDeleteTOLONGLAH! SETIABUDI THE WORST SCHOOL EVER! HAMPEH!
ReplyDeletekau yg tak nak belajar salahkan sekolah!
Deletexbaik ckp mcm tu..
ReplyDeletemenuntut ilmu biarlah ikhlas...ibubapa yg memberi galakan utk anak yg baik n secara langsung cemerlang disekolah..
klu ibu bapa yg tunjuk perangai n kata-kata yg ntah hape-hape anak akan kate..alah mak pak aku same je..
sape yg ke?? die yg jawap...
to didi, welcome to SETIABUDI n all the best then!
saya sgt terharu ddn ulasan mat ttg setiabudi..mmg cikgu2 berusaha buat yg terbaik kerana kami mendidik anak bangsa..kpd yg mengutuk dan berkata tidak benar, hanya Allah yg akan membalasnya,,dan kpd yg memberi perangsang, terima kasih..
ReplyDeletesalam.saya suka apa sekolah ni.sebenarnya hati mesti ikhlas dan yakin kepada Allah.Pergantungan kepada Allah is the number one.InsyaAllah yg terbaik la yg kita dapat.terima kasih guru2 disekolah ini kerana anda telah menjalankan tugas anda semaksimanya.
ReplyDeletetak kesah laa kite sekolah mane2 pun.
ReplyDeletesume terletak kat diri sendiri gak utk belajar dgn usaha smpai menuju kejayaan. :)
asalkan ade cikgu mengajar sudah patut kite bersyukur.
yap...sy sokong yang tu...asalkan ada cikgu dah cukup untuk anak2 belajar...yang penting peranan ibubapa.tu paling penting.patut bersyukur...kepada yang suka mengumpat,hentikan lah.hormatlah antara satu sama lain..kepada cikgu muda,harap dapat menangani isu buli dan kenakalan budak2...
ReplyDeleteperanan ibubapa adalah yang paling penting dlm pembelajaran anak2,terutama bg yang ibubapa yang bercerai..expecially for ibu tunggal..sgt sukar menjaga anak2.jd anak2 mgkn ada trauma dlm isu2 yg berkaitan.anak2 perlukan sokongan dri segi mental n fizikal bg membolehkan semangat berkobar dlm pelajaran dan menjadi insan yg brguna suatu hari nanti,dan dpt result yg cemerlang dlm pelajaran.yg paling pnting bg ank2 tumpukan perhatian dlm kelas,dan tetapkan jadual pembelajaran yg berkesan...
ReplyDeletekomen dari saya,
ReplyDeletesaya terharu tgk budak darjah 6,bila kat KEM BINA TAQWA,tgk perubahan setiap mereka ketara.mreka mrupakan pelajar pandai yg dididik sempurna dgn dorongan cikgu2nya.target mrk 5A dlm genggaman,harap setiap mrk gigih berusaha,saling bantu membantu dlm study,jgn pinggirkn bg sesetgh kwn yg inginkn kejayaan.bt study group dn saling berkongsi ilmu antara satu sama lain,cikgu dn ibubapa merupakn semangat mrk dn peranan plg penting dlm setip kejayaan ank2...
alhamdulillah, anak2 saya elok saja bersekolah di setiabudi ...
ReplyDeletesaya suka cikgu2nya baik2,
saya memilih sekolah ini kerana perlukan anak2 saya mendapat pengajian asas agama.... yg selebihnya sebagai ibu bapa kita perlu lakukan tanggungjawab dengan sempurna....
jika sesiapa yg tidak sukakan setiabudi ini,harap keluarkan anak anda dari situ dari anda mengumpul dosa mengata perkara yg buruk berkenaan sekolah itu....
atau beri teguran membina supaya anak anda mendapat manfaat tersebut.....
berjumpa dengan cikgu kahar atau en shamsul kahar, tanyakan apakah misi dan visi meraka terhadap sekolah ini...kemudian luahkan perasaan tidak puas hati anda itu, mereka pasti dengar dan akan bertukar pendapat dengan anda....
hormati orang lain , pasti mereka akan hormati anda juga.....
bagus pandangan tu...sekolah tu OK.tmbh anak2 rajin nak belajar.menjadi insan yg berguna.anak2 saudara sy sekolah kat situ mendapat didikan yg baik,cikgu2 nya mngambil perhatian kt ank2 saudra sy.memberi pandangan dan nasihat yg berguna.kite sbgai org dewasa sptt nya membimbing ank2 spya mnjdi insan yg brguna.kena titik beratkn bg yg bermasalah...anak2 nakal perkara biasa yg terdpt dmana2 skolah.samada skolah plg top pun..yg plg pnting ank2 berjya dlm khidupan n apa bidang yg diaorg minat untk masa pn diaorg.kite ptt membri sokongan tg sebaik mgkn..
ReplyDeletebena nyew skola nie mua nyew sme jew . . ikowt pangkal hati mau bljr or xmau bljr , but skola setia budi nie bpk best . . but skola nie ckgu dye mua nyew straight . . but i luv skola setia budi ! ! setia budi THE ROCK ! !
ReplyDeletemmnag ROCK pun...Sempoi...straight but academic is HARD...5A in HAND...said all student in SETIA BUDI(Rendah)..mmang skolah tu best,semua cool2 termasuk teacher2 nya....
ReplyDeleteSalam to All, hakikatnya.. takde sekolah yg btl2 perfect dan there r lots of rooms 4 improvement for any school. Yang penting kita sbg ibubapa ada ruang & kesungguhan utk turut serta dlm perkembangan pendidikan anak2. SEtiabudi adalah sekolah ke-3 anak saya yang pernah melalui sekolah harian biasa & sekolah swasta integrasi yg ternama. Namun anak saya rupanya selalu dibuli kwn2 nya di sekolah lama, sbb itu lah setiap hari dia menangis2 takmahu ke sekolah. Semenjak di Setiabudi, dia nmpk nya amat gembira wlupun brd di kelas plg hujung. Katanya, kwn2 semua baik2 & selalu tolong dia. Cikgu pun baik2 semua. Bg saya sbg ibu, itu sudah cukup bilamana anak gembira pergi sekolah tanpa tekanan. Harap Setiabudi akan terus megekalkan prestasi yg baik & seterusnya meningkatkan lg mutu perkhidmatan utk akan dtg, insyaAllah.
ReplyDeleteBerharap sangat anak saya diterima masuk ke Setiabudi. Saya membuat pilihan ini selepas menilai keadaan disiplin dan prestasi kemajuan anak saya di sekolah kebangsaan sekarang.
ReplyDeleteMemandangkan sekolah kebangsaan adalah sekolah percuma tajaan kerajaan maka sebagai seorang bapa saya tidak bolehlah terlalu cerewet dan "demanding" supaya anak saya diberi perhatian lebih. As the saying goes " Beggars Can't Be Choosy". So " Sendiri Mau Ingat lah".
SALAM..
ReplyDeleteSY ADALAH PELAJAR BATCH PERTAMA DI SETIABUDI. BAIK BURUK SETIABUDI SY TAHU. RAMAI ORNG PERTIKAIKAN DAN MENGATA BURUK TENTANG SETIABUDI.
1) ORG KATA "GURU2 MUDA, XLAYAK MENGAJAR."
- SEPANJANG SY BELAJAR DI SB DR SKOLAH RENDAH SAMPAI MEN, MMNG GURU2 RAMAI YANG MUDA. TP KUALITI CARA MENGAJAR MEREKA SNGT BGS. CIKGU2 DAN MURID2 MCM KAKAK/ABG DGN ADIK, DAN MCM MAK DAN ANAK. CIKGU2 SANGAT RAPAT. CUBA CERITA SEKOLAH MANA YANG GURU DAN MURID BOLEH DUDUK SATU MEJA MAKAN SEKALI? SEKOLAH MANA YANG BOLEH SEMBANG2 MASALAH PERIBADI ANTARA CIKGU DAN MURID? (XTERMASUK UNIT KAUNSELING). RAPAT2 NI BUKAN BERMAKNA PLJR2 XBERADAB DAN XHORMAT GURU. TP BG SY NI ADALAH SALAH SATU SBB UKHWAH ANTARA GURU DAN MURID ERAT DAN DALAM MASA YG SAMA GURU DPT DIDIK ANAK MURID DGN LBH BAIK.
2) ORG KATA "DISIPLIN BUDAK SB TERUK"
- TIDAK DINAFIKAN SB ADA MASALAH DISIPLIN. CUBE CERITA, SEK MANA YANG LANGSUNG TIDAK ADA MASALAH DISIPLIN? SB BUKAN SEK YG MURID2 NYA PERANGAI MCM MALAIKAT. KITE INSAN BIASA PASTI ADA BUAT SALAH. LAGI2 ZAMAN SEKOLAH ZAMAN DIMANA PLJR2 BARU NAK MENGENAL ERTI HIDUP. ZAMAN MENINGKAT REMAJA MCM2 KITA RASA NAK CUBA KAN. DAN TIME NI LAH RASA NAK MEMBERONTAK APE KEBENDA SUME TU MEREKA NAK CUBA. SY TGK PENGAWAS2 JALAN KAN TUGAS DGN BAIK. SY PUN DULU PENGAWAS, KAMI CUBA CARI SOLUTION UTK MENANGANI MASALAH DISIPLIN. KALAU XDE MASALAH, BUAT APA SETIAP SEK ADA PENGAWAS BUKAN?
NI 2 SOALAN YANG SELALU ORNG TANYA. HARAP DAPAT MEMBANTU.. :)
SY DAN ADIK2 SY SUME SEKALI 5 ORANG SEK SB.. MMNG AYAH SY SEMPUT JUGAK NAK BAYAR YURAN.. BAYANGKAN SETIAP BULAN RM 2K HBS UNTUK YURAN SEKOLAH SAJA. BELUM TERMASUK DUIT MAKAN DAN DUIT MINYAK HANTAR KAMI KE SEKOLAH. SBB SB ADA PAKEJ YG BG SY JARANG SEK2 ADA. PAGI2 KAMI BELAJAR AL QURAN. DR KELAS YG PELAJAR XRETI MEMBACA AL QURAN, SAMPAI KELAS TAHFIZ. SEK REN N MEN ADA TAHFIZ. SB JUGA ADA HUFFAZ. KAMI DITERAPKAN DENGAN BUDAYA MEMBERI SALAM PD GURU. TOLONG GURU BILA MEREKA BANYAK BARANG. SB DR DRJAH SATU SURUH PAKAI TUDUNG. NAMPAK MCM MEMAKSA BUKAN, TAPI BG SY INI SALAH SATU CARA NAK BG ANAK2 KENAL APA ITU ISLAM DAN AURAT. WALAUPUN LEPAS HBS SEK MEREKA BUDAK2 SEK RENDAH BUKAK TUDUNG, BG SY XPE. MEREKA MASIH BUDAK. INSYAALLAH LAMA2 MEREKA BESAR, MEREKA TAHU KNP PEREMPUAN WAJIB PAKAI TUDUNG.
ReplyDeleteDALAM SATU KELAS X RAMAI, DLM 25 ORNG. PALING RAMAI PUN XKAN MELEBIHI 30 ORNG. KELAS AIR COND. KERUSI SELESA. (BUKAN KERUSI KAYU) ADA MULTI PURPOSE HALL. KOKURIKULUM BGS. PROGRAM2 BANYAK. SB BUKAN SAJA ADA PROGRAM KOKU DAN AKADEMIK TP SB JUGA ADA PROGRAM TARBIYAH N IBADAH. BILA TIME UPSR, PMR, SPM, BLEH KATA STIAP MASA CIKGU2 PESAN SURUH BELAJAR. CIKGU2 X MUAK UTK MENGAJAR ULANG2 KALI.
PENDAPAT SY, WALAU MAHAL MANA PUN SEK TU, WALAU FAMOUS MANA PUN SEK TU, WALAU BAGUS MANA PUN GURU TU, DIDIKAN IBU BAPA DARI RUMAH SNGT PENTING. ACTUALLY IBU BAPA YANG MENCORAKKAN KAIN PUTIH ANAK2. GURU2 DAN SEKOLAH HANYA MEMBANTU. JANGAN MENYALAHKAN GURU2 KALAU ANAK ANDA SEORANG SAJA YANG XBERJAYA SEDANGKAN ANAK2 ORNG LAIN BERJAYA DAN BAIK AKHLAKNYA. SY BERCAKAP BERDASARKAN APE YG SY LIHAT YG PERNAH TERJADI. SEORNG IBU DATANG MEMARAHI GURU DI DEPAN SEMUA GURU HANYA KERANA ANAK DPT MARKAH COROT. SEDANGKAN SY LIHAT GURU2 SELALU PESAN SURUH BUDAK TU BELAJAR. EM, TU KISAH LAMA. BOLEH AMBIL PENGAJARAN.
BAK KATA AYAH SY, "ABAH SANGGUP HABISKAN DUIT UTK KORANG BELAJAR. SBB SB ADA HAFAZ QURAN, BELAJAR AGAMA, SUASANA ISLAMIC, AKADEMIK YANG BGS, DAN ADA KOKU. BELAJAR SUNGGUH2. JANGAN HANYA BERJAYA AKADEMIK DAN KOKU. XDA GUNE KALAU BERJAYA TP AKHLAK X BGS"
THIS IS WHAT MY DAD ALWAYS SAID TO US.
SPM 2009 ADA DPT 13 A, 10 A, 9 A, 7 A.
SPM 2010 ADA DPT 10 A, 9 A, 7A
PMR 9A, 8A, 7A, 61
UPSR RAMAI 5A
SETIAP SEK PASTI ADA BAIK BURUKNYA. KITA INSAN BIASA HANYA MAMPU BERUSAHA UNTUK JADI YANG TERBAIK DAR YANG TERBAIK. BG PLJR2 SB N MY JUNIORS, TLNG JGN HAMPAKAN HARAPAN IBU BAPA. FIKIRKAN BETAPA SUSAH NYA MEREKA KERJA CARI DUIT DEMI KITA.
BG SAPA2 YANG ADA SOALAN, BOLEH TANYA PADA SY. INSYALLAH KALAU BOLEH JWB SY JWB.
FB - ATIKAH NEMO
Assalamualaikum dik, nak tanya.. sesi pembelajaran dalam kelas cikgu gunakan bahasa melayu atau english?
Deletechaiyok kak fatin ! kurang ajar bebeno spe yang ckp sb tak bagus tu. masuk dulu lah baru tau bagus tak bagus ! sb skola paling best ! kat situ sy blajar cara nak berjaya. sekolah bg penghargaan buat budak2 , setiap kali meningkat dpt award. mne tak smgt nk belajar wei. skola lain ade? harapkan goverment school, hampeh.
ReplyDeletenak tnya..saya baru nk masukkan anak saya utk tahun depan 2013..mcmana nk dafatr?
ReplyDeleteEncik boleh buat pendaftaran secara online. Visit Setiabudi web site www.setiabudi.edu.my atau call 03-61884400
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteni ulang alik ke?? atau asrama??
ReplyDeleteswasta ke sekolah setia budi ni?
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteMcm mana nak mohon utuk kemasukan 2014 yer...
Skarg ank sy tadika di st ronan..dan sy telah kendaftarkn di sekolah kerajan..tp setlah di pertimbangkan sy ingin menyekolahkn ank sy di setiabudi..jdi masi bole ke utk mendaftar kn utk murid thun 1..2014
kita ni x blh la nk harap 100% drp guru2 untk ajar anak kita jd terbaik..semua tu bergantung pd makayah anak2 ni juga..rezeki kena benar2 halal untk bg anak2 makan atau belanja persekolah.kalau x halal jgn haraplah anak2 akan jd yg terbaik.
ReplyDeleteMENGARUT!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteTAK GUNA PUNYA SEKOLAH!!!!!!!!!
ReplyDeleteAIMANHAKKEM LOSER CHELSEA LOSER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeleteBoleh saya tahu kalau2 SB ada kemudahan bas sekolah hantar dan pulang?
ReplyDeletekalau tak nak hantar sekolah kebangsaan , hantar la sekolah private. Nah: https://www.lookp.com/malaysia/private-school
ReplyDeleteTapi siapkan la duit awal2. hehe
Walaupun saya tak ada anak di sekolah setia budi tapi saya adalah guru yang telah mengajar 30 dalam dunia pendidikan. Kesimpulannya kejayaan anak anak adalah jalinan didikan ibu bapa, guru dan masyarakat. Ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak anak mereka adalah ibu bapa yang gagal. Kegagalan mereka diletakan pada guru. Itu masalah utama. Kejayaan anak anak selain daripada usaha ibu bapa, guru dan masyarakat jangan lupa, penentu nya Allah. Sudahkan ibu bapa memohonnya pada Allah kalau sudah serahkan sahaja. Kita hambanya yang lemah berjaya atau tidak selepas berusaha di bawah kekuasaannya. Jadi jangan salah orang lain kalau kita sendiri gagal. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa bersyukur pda Allah dan berusaha ke arah kejayaan.
ReplyDeleteAssalam... boleh tak nak tau detail pasal yuran sekolah setia budi ni untuk sekolah rendah.. trima kasih..
ReplyDeleteAssalam... boleh tak nak tau detail pasal yuran sekolah setia budi ni untuk sekolah rendah.. trima kasih..
ReplyDeleteyuran boleh check dlm website je
Delete