24 May 2008

Hubungan Sejenis

SOALAN

Saya seorang remaja lelaki. Saya pernah melakukan hubungan seks dengan abang sendiri. Aktiviti itu berlaku sejak usia 10 tahun.

Perbuatan meliwat itu dilakukan apabila ada masa lapang. Adakah perbuatan itu mendatangkan kesan buruk kepada saya?

Apa yang saya perlu buat untuk menghilangkan perbuatan itu yang kadangkala menghantui pemikiran saya? Apa akan terjadi jika saya kerap mengeluarkan air mani dengan sengaja?

JAWAPAN

Nafsu amarah dan kebinatangan abang adik menjadikan adik mangsa serakah perbuatan liwat yang dikeji agama itu.

Aristotle pernah mengatakan: “Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang, tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.”

Saya berdoa abang adik akan bertaubat dan tidak lagi melakukan perkara yang terkutuk.

Perbuatan liwat ini boleh memberi kesan psikologi kepada diri adik. Berjumpa doktor perubatan untuk mengetahui kesan perbuatan adik yang kerap mengeluarkan air mani dengan sengaja dan tindakan abang adik meliwat adik.

Dari sudut psikologi, saya melihat ia memang memberi kesan kepada emosi dan psikologi seperti mana adik katakan (menghantui pemikiran).

Apa yang berlaku adalah disebabkan nafsu kesyaitanan abang adik. Adik bukan pelaku, tetapi mangsa kepada tingkah laku liwat ini.

Walaupun bukannya mudah, tetapi cuba jauhilah pemikiran negatif itu. Fikiran negatif hanya memberi tekanan emosi kepada adik.

Isi masa kosong dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan (contohnya bola sepak, futsal) untuk mengurangkan berfikir perkara berkenaan.

Cari kawan yang boleh adik berkongsi masalah. Luahkan masalah jika ia boleh melegakan perasaan. Cari kawan yang boleh dipercayai dan simpan rahsia.

Jika abang masih melakukan perkara itu kepada adik, ia mesti dihentikan kerana ia perbuatan terkutuk.

Adik perlu bersifat asertif untuk meminta abang adik memberhentikan perbuatan terlarang itu atau laporkan kepada polis.

Adik juga boleh belajar melupakan kejadian itu. Selalunya lupa boleh berlaku disebabkan oleh peredaran masa.

Satu lagi cara ialah adik boleh menekan memori pedih dan menyakitkan itu daripada muncul ke paras kesedaran adik. Adik boleh belajar mengawal nafsu (bagi menangani me ngeluarkan air mani dengan sengaja) dengan berpuasa.

Selain solat wajib, banyakkan solat sunat memohon keberkatan. Berdoa kepada Tuhan agar kehidupan adik menjadi tenang.

Apa yang berlaku ialah dugaan Allah untuk memberi peluang kepada adik meningkatkan iman dan keyakinan kepada-Nya.

4 comments:

  1. adakah bcinta dgn hbungan sjenis merupakan perbuatan terkutuk juga?

    ReplyDelete
  2. sepak aja abg adk 2...kasi bnuh sama dia!!!

    ReplyDelete
  3. nape bleh jadi suka sesame jenis ni?
    pe yg menarik tentang psgn sejenis dia? huhu..
    x faham tol..

    ReplyDelete
  4. sekadar berkongsi: maybe pengalaman lampau yg pernah terjadi secara x sengaja menyebabkan ia terus wujud ataupun secara tidak sengaja perasaan menyayangi seseorg secara terlampau dan apabila sayang itu berbalas,maka yg zahirnya wujudla hubungan sesama jenis...semua ttg perasaan, senang sangat nak menerima kehadiran seseorg,tapi teramat susah utk melupakannya........hakikat skrg, mmg terlalu ramai..renung-renungkanlah dimana silapnya: adakah dari diri sendiri atau persekitaran yg mempengaruhi hbgn itu wujud.

    ReplyDelete