13 July 2010

KISAS Johan Debat Antarabangsa Pelajar Kategori Bahasa Arab

Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) Klang dan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor Baharu, masing-masing muncul johan bagi kategori Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia dalam kejohanan debat antarabangsa pelajar kali kedua di UIAM pada 11 Julai 2010 lalu.

Sri Ayesha Islamic School dari Bandar Baru Bangi pula muncul johan bagi kategori Bahasa Inggeris.

Sekolah Menengah Islam Hidayah juga muncul naib johan bagi kategori bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Kisas juga muncul naib johan bagi kategori Bahasa Malaysia.

Bagi setiap kategori, johan menerima hadiah RM1,000, piala pusingan berserta sijil dan trofi manakala naib johan menerima RM700, berserta sijil dan trofi.

Kejohanan itu dianjurkan bersama Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Musleh Bhd (Pusat Pendidikan SRI-SMI Bhd), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan International Centre for Educational Excellence Berhad (ICEE).